Rabu, 29 Julai 2009

Ujian


Masa berlalu begitu pantas..satu demi satu ujian Maha Kuasa berikan pada hambanya..bila difikirkan pasti semua ada hikmahnya..terjatuh, tersungkur di bumi Allah bukan bermakna Dia mahu kita diuji semata-mata tapi inilah fitrah insanNya yang pasti dilalui..ana teringat firman Allah mafhumnya: "Tidak beriman seseorang itu selagi dia Tidak diuji"..

Ana sebagai hambanya pasti mahu tergolong daripada orang-orang beriman..mudah apabila kita memudahkan sukar apabila kita sendiri menyukarkan..Jalan kebenaran sudah ditunjuki cuma kita yang mengikuti segala perintahNya samaada mahu ataupun tidak..



Sirru a'la wabarokatillah...


Jumaat, 17 Julai 2009

Langkah



Rasanya dekat sebulan dah jari ini tidak berkarya sendiri..maklumlah masa sentiasa dikejar bukan kita yang dikejar masa..baru minggu ini ana berpeluang untuk on9, program kat kolej plak agak banyak memandangkan pesta konvo hampir tiba..ana pula diberi tugasan yang agak berat sebagai timbalan pengarah tetapi ana ambil sebagai satu cabaran untuk ana menyelusuri pengalaman..

Tidak lupa hari ini merupakan hari keramat buat Uhktie Afzan bersama pasangannya yang akan menempuh alam perkahwinan. Walaupun disaat terakhir ana tidak dapat menghadiri majlis tersebut ana kirimkan doa buat Ukhtie bahagia di dunia dan akhirat.Amin..

"Melangkah terus di muka bumiMu subhanallah"