Sabtu, 29 Oktober 2011

Ubat Hati



renung2kan & amalkan..mudah..senang..~

Rabu, 26 Oktober 2011

Himpunan Selamatkan Akidah Ummah


Saat takbir dilaungkan di Stadium Terbuka Malawati Shah Alam terasa roh meresap dalam diri ana..bergema laungan Allahuakbar3x bersama sahutan ribuan manusia yang berada dalam Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Akidah..pengalaman yang sangat berharga yang ana xkan lupakan..bermula seawal jam 1.30 petang ana bersama 3 orang sahabat lain(Syida, Kak Af & cik driver)beserta rombongan IPT sudahpun berada di perkarangan Stadium sementara menunggu masa untuk masuk ke Stadium Terbuka Melawati Shah Alam.. tak kira la ahli politik, keluarga, pelajar sekolah, IPT, IPTS dan ramai lagi yang datang untuk sama2 menyokong Himpunan Sejuta Ummah..saat masuk ke stadium Shah Alam buat pertama kali terdengar gema nasyid dialunkan (live) oleh gabungan nasyid Malaysia (Munsyeed) terdiri daripada Kump.Hijjaz, In-Team, Unic, Aidil, Muadz, brothers dan banyak lagi.

Macam2 ragam manusia..ada pihak yang saja2 buat bising x tau la apa sebabnya mungkin nak minta perhatian wartawan kot.. ramai juga wartawan yang datang dari pelbagai stesen tv dalam negara dan luar. Risalah2 dari pelbagai pihak NGO juga ada diedarkan kepada semua yang hadir..paling suka bila tengok baby2 yang comel yang turut serta dalam Himpun ni sama2 bersemangat tu.. ^^

*Sedikit info mengenai Himpunan Sejuta Umat yang bertemakan “Selamatkan Akidah Umat” dianjurkan secara bersama oleh pelbagai NGO dan orang perseorangan yang mewakili umat Islam di Malaysia. Ia bertujuan untuk menzahirkan keperihatinan dan kesatuan umat Islam dalam berdepan usaha-usaha pihak tertentu yang berniat jahat untuk memurtadkan umat Islam secara terancang. Dalam perhimpunan ini, ramai tokoh-tokoh pemimpin yang mewakili pelbagai pihak menyampaikan ucapan dan pidato masing2 antaranya ialah bekas mufti perak Us Harusani, Us Farhan(Bekas Paderi Missiniory), Presiden Isma, Presiden Ikatan Islam, Dr Azhar Yakob dan ramai lagi..Banyak input baru yang ana perolehi daripada ucapan tokoh-tokoh ilmuan ni..great information..



Ana percaya program seperti ini mampu memberi impak terhadap masyarakat khususnya kesedaran dan rasa prihatin di kalangan umat Islam terhadap isu-isu penting sebegini TANDA SAYANG KITA TERHADAP ISLAM. Ana berharap seluruh umat Islam di Malaysia turut bersama untuk terus menyokong Himpunan sebegini pada masa akan datang dan sama2 dapat menggerakkan dakwah dengan lebih meluas..InsyaAllah mudah-mudahan segala usaha seperti ini mendapat keberkatan dari Allah SWT..Allahumma Amin..

BERSAMA SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM..