Ahad, 27 Disember 2009

Semoga diberkati bonda...


Semalam hari ulangtahun bondaku yang disayangi lagi dicintai. Ana ingin lontarkan rasa hati melalui bait-bait puisi ini. Puisi ini khas untuk bonda terimalah:

Bonda..

Kelunak lembutanmu yang bersih

Merupakan rahmat bagi kami.

Bonda,

Merupakan kekuatan

Dan benteng agama.

kutahu

kau masih berupaya

meniduri hamparan duka.

Masa kini yang terukir

di senyum ramahmu

mendepani gementar siang gelisah malam

kutahu

kau adalah ladang segala kesabaran

tegak teguh merimbuni pohon ketabahan.

Masa depan yang terpancar

di nyala dadamu

kutahu

kau tak rela daun-daun harapan

gugur luruh menampar genggaman.

kau segala-galanya buat kami..

Tiada ternilai kasih yang kau curahkan...

Ya Allah Berkati bonda..

(ubahsuai dari Dharmawijaya)



Khamis, 24 Disember 2009

Ahad, 13 Disember 2009

Bermula lagi..


Hari ni ana akan memulakan kembali kehidupan sebagai seorang pelajar.. alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan olehNya..walaupun ana x dapat bercuti panjang n kena jadi fasilitator untuk pelajar baru tapi ana dapat banyak pengalaman for the first time di kolej ni..Mudah-mudahan Allah beri kemudahan untuk ana teruskan perjuangan bersama sahabat n sahabiah..


dedikasi iman Humaira...