Sabtu, 17 April 2010

Seruan Malaikat Di Pintu Syurga




Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

" Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan ALLAH, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai hamba ALLAH! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya. Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang, ia tetap diseru dari pintu sembahyang dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan, ia tetap diseru dari pintu perjuangan dan sesiapa membanyakkan jenis puasa, ia diseru dari pintu puasa yang bernama Rayyan dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah ia tetap diseru dari pintu sedekah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu ya Rasulullah (dalam saat kecemasan). Tidaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi menjawab: " Ya,ada. Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."
( HR.Bukhari wa Muslim)

Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan tentang kemuliaan dan penghormatan yang tinggi yang diberikan oleh Malaikat pada hari akhirat kepada orang-orang yang memperbanyakkan jenis-jenis amal kebajikan yang dilakukannya. Maksud mengerjakan dua atau lebih jenis-jenis amal kebajikan ialah: Misalnya seseorang yang mengerjakan solat fardhu ia juga melakukan ibadat sunat yang lain. Oleh demikian, sesiapa yang melakukannya ia sangat dihormati oleh Para Malaikat sehingga masing-masing berebut-rebut menjemputnya masuk dari pintu yang dijagainya.

" Barangsiapa yang mengharap mendapat rahmat dan bertemu kepada TuhanNYA, maka hendaklah ia beramal soleh"

Rabu, 14 April 2010

Apabila melangkah ke bidang ..........


2 3 hari yang lalu ketika ana sedang on9 secara kebetulan terlihat satu gambar. Hati terdetik: "macam pernah tengok orang ni" dan ana pun click keluar la gambar yang dimaksudkan supaya lebih jelas tapi muka orang kena make-up ni lain skit bila tengok. Selidik punya selidik rupa-rupanya betul la orang yang ana lihat adalah insan yang kukenali..."Dah masuk Akademi Fantasia 8 rupanya"...Sedih rasa hati ini bila melihat kawan yang ku kenali seorang yang bertudung(menutup aurat) sudah meninggalkan apa yang sepatutnya malah pada konsert mingguan af8 batas aurat seorang wanita melebihi apa yang dilihat..Astaqfirullahalazim...walaupun ana x serapat mana dengan.......... tapi dia insan yang pernah bersama2 ana mewakili sekolah pada satu ketika dahulu di MTQ. Ana juga pernah duduk sebilik dan bersembang2 bersama kwn2..& ia masih menjadi tanda tanya untuk ana??memang tak dinafikan dia seorang yang mempunyai suara yang agak best la katakan tapi jalan yang dipilih bagi ana tersasar dan menjurus kepada "kelalaian". ana bukanlah orang yang perfect untuk memberi persepsi terhadap orang lain tapi ana(hamba Allah banyak kekurangan) sedar perlunya kita untuk menyampaikan sesuatu untuk kebaikan ana mahupun orang lain kerana sayang terhadap saudara seAgamanya...


<>semoga diberi HIDAYAH & PETUNJUKMU......