Jumaat, 7 Disember 2012

Kekuatanku..



Kekuatanku yang tak pernah berhenti..

Cintaku pada mereka tidak pernah pudar

Sayangku tidak pernah hilang 

Kasihku pada mereka sentiasaku pegang

Kuharap jua Yang Esa sentiasa Merahmati

Cinta, Sayang, Kasih pada mereka

Peliharalah seluruh Keluargaku

Dalam AgamaMu

Ayah-Ummi-Akak-Abang-Adik

Ku ingin melihat mereka menjadi Soleh Solehah 

Keluargaku SYURGAKU
Allahumma Ameen

Cinta-Sayang-Kasih
Dulu-Kini-Selamanya

Rabu, 5 September 2012

Lensa humaira


Just share gambar2 hasil dari tangan sendiri baru cuba2 nak guna nikon walau x seberapa..sy budak baru belajar..just see k..^^

 ladang strawberi

Cameron marii..

UUM sintok

Kucing ni kalau tengok real ada kalimah Allah jumpa kat tengah jalan...


 Termenung ape tu??comel kan..


Mai Pendang,Kedah 


 Pendang


  warna-warni wardah...


 Masjid Sultan Mizan,Putrajaya




~Dengan kamera pun kita boleh berdakwah cuma kita sahaja yang menentukan mana yang baik & yang buruk..realiti atau fantasi semata-mata..fikir-fikirkan...^^

Sabtu, 18 Ogos 2012

Kemaafan di "Eidulfitri"

Buat Sahabat2 disayangi mohon kemaafan andai ada salah silap..
Especially for all my friends "Semekar,KIPSAS,UKM,Ksq"
ukhuwah filllah forever..
Moga kalian sentiasa bersama rahmat & redha Allah..
halalkan makan minum yea..
Barakallahufikum..^_^


Isnin, 13 Ogos 2012

Menuju puncak Ramadhan "Lailatul Qadar"


"Sesiapa yang menghidupkan lailatulqadar iaitu beribadah dengan keimanan dan keikhlasan serta mengharapkan ganjarannya, diampunkan dosanya yang lalu".(HR Bukhari wa Muslim)

Hari ni kita masih berpeluang untuk terus merasai dan melalui bulan barakah yang hampir ke kemuncak Ramadhan iaitu 10 malam terkhir Alhamdulillah. Sahabat..mungkin kita beruntung dan sepatutnya bersyukur tiap saat yang Allah berikan peluang untuk terus beribadah..kita sedar Ramadhan anugerah yang terulung dan siapa yang terpilih pasti dijanjikan ganjaran yang istimewa olehNYA..Rasulullah pernah bersabda:

"Carilah lailaulqadar  itu pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan dan sesungguhnya lailatulqadar itu ada pada malam-malam ganjil iaitu malam kedua pulu satu, malam dua puluh tiga, malam dua puluh tujuh dan malam dua puluh sembilan atau pada malam terakhir." (HR Ahmad)

Banyak ulama yang mentafsirkan bahawa malam lailatulqadar itu berlaku pada malam yang ganjil. Kenapa ganjil? Jawapannya: "Sesungguhnya Allah itu witir ganjil dan Allah menyukai witir maka lazimkanlah solat witir  wahai ahli al-Quran".(Abu Daud  & at Tarmizi)

1Amalan yang dianjurkan untuk mengimarahkan dan menghidupkan malam dengan Solat tahajud. Rasulallah bersabda " Barangsiapa yang menunaikan solat tahajud pada malam kemuliaan dengan penuh keimanan dan keinginan untuk dapat pahala akan diampunkan dosanya yang lampau."(HR Bukhari)

2 Doa dan beriktikaf di sepuluh malam terakhir Ramdhan dengan bersungguh-sungguh di dalam ibadat dan menangguhkan urusan dunia. Aisyah r.a berkata:" Rasulallah iktikaf pada tiap-tiap sepuluh malam terakhir bulan Ramdhan sehingga wafat. Kemudian para isteri meneruskan setelah baginda wafat."

Just simple share..

Jom Sahabat kita rebut peluang...


#Madrasah Iman#
Diploma sabar
Ijazah Taqwa
PHD Iman

~Moga kita mampu menggapai bersama~

Rabu, 11 April 2012

Kembali Menjejak~2




Kali ni hanya ingin berkongsi potret kenangan sepanjang perjalanan berada di bumi Sabah.



saya suka hijau..

Lembu baka New zealand...


Indahnya..


Subhanallah..sekian lama akhirnya ini yang ditunggu2..


P/s: kualiti gambar x seberapa maklumlah camera bukan nikon..^^



Ahad, 18 Mac 2012

Kembali Menjejak..

Lama rasanya x berkunjung di teratak sendiri..post kali ni nak kongsi warna warni perjalanan ke bumi kelahiran yang dicintai...puas hati akhirnya sampai ke bumi yang lama ingin dijejak “RANAU” tempat yang paling banyak mengukir kenangan dan senyuman. Alhamdulillah baru-baru ni ana berkesempatan dan dipilih mewakili first year Fakulti Pengajian Islam untuk mengikuti Program Dialog Mahasiswa di Sabah. Sebelum ni pada tahun 2011 ana pernah mengikuti Ekspedisi Dakwah anjuran Jabatan Dakwah & Pengurusan KIPSAS tapi kali hanya berbeza IPT di Jabatan Dakwah & Kepimpinan. Tempat yang sama iaitu di Pusat Latihan Dakwah Keningau..


Bersama akak2 senior

Terharu rasanya bila keluarga angkat dari Kg Bariawa Ulu sanggup datang dan sempat berjumpa walaupun sekejap tapi berbaloi2..^^Ponsikou ki..hari seterusnya rombongan bergerak ke Kampung Bayangan untuk Program anak angkat..seperti biasa perasmian bersama penduduk kampung, bengkel fardhu ain dan lain-lain berjalan seperti yg dirancang.

~just simple malas pula nak story panjang2...

to be continue..~2

Sabtu, 4 Februari 2012

Zahirkan Rasa Cintamu Pada Rasulullah SAW



~ Kekasih Allah insan yang TERPILIH bernama Muhammad bin Abdullah yang sentiasa menjadi contoh sepanjang zaman dan teladan yang teragung. Bagaimana cara untuk ungkapkan rasa cinta kita terhadap Rasulullah SAW? cinta bukanlah hanya untuk diungkapkan atau dilafaz bahawa saya cinta..saya sayang..saya rindu pada Rasulullah..tidak cukup hanya sekadar berkata-kata..Akan tetapi zahirkanlah dengan cara mengikuti peribadinya..sunnahnya..segala yang dibawa oleh Rasulullah SAW..Namun adakah kita sudah benar-benar mencintai Baginda?samaada mahu atau tidak kita harus akui kita amat terhutang budi dengan Rasulullah yang mengabdikan diri untuk menyelamatkan kita umat akhir zaman.

Rasa cinta dan kasih sayang pada umatnya walaupun disaat2 akhir baginda di dunia masih sempat menyebut ummati..ummati..ummati..sungguh baginda sayang akan umatnya..walupun jarak baginda dengan kita terlalu jauh untuk dibandingkan, tetapi hakikatnya Baginda terlalu dekat dengan diri kita..setiap kali mengerjakan ibadah saat bermulanya mengucapkan syahadah dalam kehidupan, bacaan ketika solat..nama baginda kita sebut-sebut berulang-ulang kali..

Kenalilah baginda dengan mata hati bukan hanya mendengar sirah atau melalui pembacaan semata-mata. Tetapi dihayati, difahami dengan pengertian yang mendalam terhadap baginda dengan pandangan dari mata hati yang terang dan ikhlas barulah mampu membuahkan rasa cinta dan kekal untuk diikuti..baginda bukanlah manusia yang biasa-biasa tetapi Allah mengutusnya sebagai utusan bagi hamba-hambanya. Baginda pernah bersabda

“ Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan dapat merasa keimanan iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul lebih daripada segala-segalanya, kedua menyintai seseorang kerana Allah dan takut kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya sebagaimana di benci untuk dilemparkan dalam api neraka yang panas”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mempraktikkan segala sunnahnya juga sudah membuktikan kita cinta dan rindu padanya. Sekiranya terdetik perasaan benci kepada sunnah Rasul maka dia tidak termasuk dikalangan mereka yang diakui umat Rasulullah SAW. Sabdanya

Sesiapa yang menolak sunnahku maka dia bukan dari kalanganku”.

(Riwayat Bukhari)

Andai umat Islam hari ini mampu menanamkan rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah SAW..ana percaya umat Islam akan dapat menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat kelak.

>Marilah kita suburkan rasa mahabbah kita pada Rasulullah SAW.

>Allah akan memberikan bonus bagi mereka yang banyak berselawat Rasulullah SAW.

>Mencintai Rasulullah Cinta Yang Terindah

>CINTAILAH RASULULLAH SAW KERANA RASULULLAH SAW MENCINTAI KITA..

~Allahummasolli a’la Muhammad wa’ala alahi sayyidina Muhammad~