Sabtu, 18 Ogos 2012

Kemaafan di "Eidulfitri"

Buat Sahabat2 disayangi mohon kemaafan andai ada salah silap..
Especially for all my friends "Semekar,KIPSAS,UKM,Ksq"
ukhuwah filllah forever..
Moga kalian sentiasa bersama rahmat & redha Allah..
halalkan makan minum yea..
Barakallahufikum..^_^


Isnin, 13 Ogos 2012

Menuju puncak Ramadhan "Lailatul Qadar"


"Sesiapa yang menghidupkan lailatulqadar iaitu beribadah dengan keimanan dan keikhlasan serta mengharapkan ganjarannya, diampunkan dosanya yang lalu".(HR Bukhari wa Muslim)

Hari ni kita masih berpeluang untuk terus merasai dan melalui bulan barakah yang hampir ke kemuncak Ramadhan iaitu 10 malam terkhir Alhamdulillah. Sahabat..mungkin kita beruntung dan sepatutnya bersyukur tiap saat yang Allah berikan peluang untuk terus beribadah..kita sedar Ramadhan anugerah yang terulung dan siapa yang terpilih pasti dijanjikan ganjaran yang istimewa olehNYA..Rasulullah pernah bersabda:

"Carilah lailaulqadar  itu pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan dan sesungguhnya lailatulqadar itu ada pada malam-malam ganjil iaitu malam kedua pulu satu, malam dua puluh tiga, malam dua puluh tujuh dan malam dua puluh sembilan atau pada malam terakhir." (HR Ahmad)

Banyak ulama yang mentafsirkan bahawa malam lailatulqadar itu berlaku pada malam yang ganjil. Kenapa ganjil? Jawapannya: "Sesungguhnya Allah itu witir ganjil dan Allah menyukai witir maka lazimkanlah solat witir  wahai ahli al-Quran".(Abu Daud  & at Tarmizi)

1Amalan yang dianjurkan untuk mengimarahkan dan menghidupkan malam dengan Solat tahajud. Rasulallah bersabda " Barangsiapa yang menunaikan solat tahajud pada malam kemuliaan dengan penuh keimanan dan keinginan untuk dapat pahala akan diampunkan dosanya yang lampau."(HR Bukhari)

2 Doa dan beriktikaf di sepuluh malam terakhir Ramdhan dengan bersungguh-sungguh di dalam ibadat dan menangguhkan urusan dunia. Aisyah r.a berkata:" Rasulallah iktikaf pada tiap-tiap sepuluh malam terakhir bulan Ramdhan sehingga wafat. Kemudian para isteri meneruskan setelah baginda wafat."

Just simple share..

Jom Sahabat kita rebut peluang...


#Madrasah Iman#
Diploma sabar
Ijazah Taqwa
PHD Iman

~Moga kita mampu menggapai bersama~