Isnin, 23 Mei 2011

Takziah:Semoga Berbahagia Disana:


sayu...sebak..sedih..bila melihat tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat. Seramai 16 orang telah terkorban di dalam tragedi tersebut. Kebetulan pula salah seorang daripada mangsa korban adalah bekas anak murid ibu ana iaitu Allahyarham adik Ahmad Luqman Hakim 11, tahun. Ana diberitahu adik luqman telah kehilangan ibu bapanya beberapa tahun yg lalu dan adik luqman masuk ke rumah anak yatim Madrasah At-Taqwa pd tahun lepas selepas rumah adik ini terbakar. Kata ibu ana, Adik luqman seorang yang pendiam dan ceria namun Allah lebih menyayanginya bersama sahabat2 yang lain..Jenazah arwah telah dibawa pulang ke Felda Kg Awah, Temerloh oleh saudara mara dan disembahyangkan penduduk kg selepas sahaja solat zuhur dan terus disemadikan di tanah perkuburan Felda kg Awah. Ana juga berkesempatan menziarahi kubur Allahyarham Adik Luqman. Semoga Allah merahmati anak2 ini dan tempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman. Amin ya Allah..AL-FATIHAH

Gambar kenangan Anak2 Yatim dan Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat
sebelum kejadian tanah runtuh...

"Tempat kalian semua adalah di syurga bersama Rasulullah. Kerana Rasulullah sendiri berkata, "anak-anak yatim itu adalah sangat dekat denganku iaitu seumpama jarak antara dua jari..."
semoga dihimpunkan di tempat orang2 yang soleh...


Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Murabbi...



Buat semua murabbi2 yang pernah mendidikku sesungguhnya ilmu yang dicurahkan kepada diri ini amat bermakna untuk terus berdiri menjadi insan yang berguna pada agama. Bermula dari taski, tabika, Sk Pekan Ranau, SMK(A) Mohd Ali SEMEKAR, juga kepada semua pensyarah2 di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Tak lupa buat ibunda tersayang yang juga seorang murabbi. Terima kasih yang x terhingga ana ucapkan ilmu yang diberikan amat bermakna buat anak didik kalian.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas dengan hikmahnya... Wahai para murabbi jasamu tetap dikenang , pahalamu tetap berterusan walaupun kau sudah tidak ada di dunia ini. Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan do'a anak soleh yang mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)



Ziarah Dakwah Kg Pian Jenderak

Baru-baru ni sekali lagi ana berkesempatan untuk berprogram bersama2 dengan masyarakat orang asli. Kali ni di perkampungan orang asli Kg Pian Jenderak, tempatny agak jauh masuk ke pedalaman melalui satu kg ke kg yang lain..program ni dijalankan di bawah kerjasama pihak MUIP, PETAMA & KIPSAS(walaupun cuti tp bagi student yg berkelapangan). Spt biasa objektif program ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat orang asli mengenai agama Islam adalah agama yang terbaik. Majoriti penduduk kg orang asli tidak menganut apa2 agama(pagan). Sebahagian daripada penduduk kg menganut agama Islam dan Kristian. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu tayangan filem, malam kebudayaan, sukaneka & sbgnya...Macam biasa ana diberi tanggungjawab mengendalikan acara sukaneka memang best la orang kampung kat sini...kadang2 pikiaq juga asyik2 dapat ajk sukan je..hehe=)



Bersama sahabat2 KIPSAS

Syukur alhamdulillah program berjalan dengan baik dan lancar. Setelah 3 hari berkampung di kg Pian banyak catatan pengalaman yang ana lalui. Paling ana x dapat lupakan adalah saat2, ketika seramai 25 orang penduduk orang asli mengucap kalimah syahadah sangat terharu...bertambah juga saudara seAkidah kita mudah-mudahan ramai lagi yang diberi petunjuk & hidayah olehNya...barakallah

p/s:
program ni kali ke 6 ana masuk ke perkampungan orang asli...ada peluang lagi boleh ziarah kg lain pla....=)



Sabtu, 7 Mei 2011

Selamat Hari Ibu




Selamat Hari Ibu buat ibundaku Hajah Rusmada Abd Rahim. Terima kasih ya Allah atas anugerah ini. Tanpa kehadirannya, tidakku fahami makna bangkit setelah jatuh tersungkur. Kata-katamu sentiasa bermakna untuk anak-anakmu terus melangkah ke hadapan. Terima Kasih ya Allah...Kau kurniakanlah kebaikan2, kebahagiaan dan kesejahteraan buatnya selama2nya. Ameen ya Rab..Sesungguhnya anakmu sangat mengasihi & menyayangimu selamanya...Syukran100000000000xxxxxx......=)

Doa' untukmu selagi hayat di kandung badan...