Isnin, 23 Mei 2011

Takziah:Semoga Berbahagia Disana:


sayu...sebak..sedih..bila melihat tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat. Seramai 16 orang telah terkorban di dalam tragedi tersebut. Kebetulan pula salah seorang daripada mangsa korban adalah bekas anak murid ibu ana iaitu Allahyarham adik Ahmad Luqman Hakim 11, tahun. Ana diberitahu adik luqman telah kehilangan ibu bapanya beberapa tahun yg lalu dan adik luqman masuk ke rumah anak yatim Madrasah At-Taqwa pd tahun lepas selepas rumah adik ini terbakar. Kata ibu ana, Adik luqman seorang yang pendiam dan ceria namun Allah lebih menyayanginya bersama sahabat2 yang lain..Jenazah arwah telah dibawa pulang ke Felda Kg Awah, Temerloh oleh saudara mara dan disembahyangkan penduduk kg selepas sahaja solat zuhur dan terus disemadikan di tanah perkuburan Felda kg Awah. Ana juga berkesempatan menziarahi kubur Allahyarham Adik Luqman. Semoga Allah merahmati anak2 ini dan tempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman. Amin ya Allah..AL-FATIHAH

Gambar kenangan Anak2 Yatim dan Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat
sebelum kejadian tanah runtuh...

"Tempat kalian semua adalah di syurga bersama Rasulullah. Kerana Rasulullah sendiri berkata, "anak-anak yatim itu adalah sangat dekat denganku iaitu seumpama jarak antara dua jari..."
semoga dihimpunkan di tempat orang2 yang soleh...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan