Khamis, 2 Jun 2011

Rejab datang lagi...



Hari ke hari bulan ke bulan akhirnya rejab datang lagi...alhamdulillah masih diberi ruang untuk berada bersama..sahabat2 ayuh kita sama2 menghayati dan mensyukuri setiap masa, detik, saat, yang diberikan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah...inilah saat kita untuk menambah amal ibadah tetapi perlu diingat jangan sampai masuknya bulan2 tertentu baru nak beramal!!apabila kita singkap kembali sejarah catatan peristiwa penting yang pernah berlaku ketika bulan rejab menjelma antaranya ialah:


1) Peristiwa isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama' Islam. Ia adalah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah bermulanya kefardhuan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.

2) Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habsyah oleh beberapa orang sahabat Rasululullah s.a.w. termasuk termasuk saidina Usman bin Affan r.a. dan isterinya Ruqaiyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

3) Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan Hijrah. Ia adalah peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab ketika itu. Walaubagaimanapun akhirnya tentera Rom membatalkan hasrat mereka kerana merasa gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam. (haluan tarbawi)


oleh itu, marilah sama2 tingkatkan amalan di bulan rejab sebelum sampainya Ramadhan... selamat beramal...=)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan