Ahad, 20 Jun 2010

Berjalan,Melihat,Menikmati KebesaranMu...

Masa begitu cepat berlalu..cuti sem pun semakin hampir melabuhkan tirai..sepanjang cuti kali ini banyak pengalaman baru yang ana tempuhi..bila fikir+kenang kembali ia sangat mengembirakan hati ana macam2 ada...huhu bila teringat suasana di UIA Gombak terasa seperti pernah menuntut ilmu disitu..seperti biasa nak mengumpulkan bahan2 untuk persediaan tesis kenalah kesana kemari..ana menumpang d UIA x lama hanya seminggu tapi pelbagai kisah telahku lalui..sedikit sahaja ingin ana kongsikan semasa n ketika keberadaan d UIA Gombak...semuanya manis...

UKM(Bangi)-Kolej pendeta zaaba..

Setelah berada lebih kurang seminggu berada di UIA Gombak ana pula ke UKM Bangi juga selama seminggu..Di mana ana dijemput untuk mengisi kekosongan sebagai fasilitator Kem Smart Quran 3. ana dengan berbesar hati menerima tawaran ceh macam nak masuk keje plak...pada awalnya ana ingatkan ia seperti Kem yang pernah ana ikuti sebelum ini mengajar Quran kepada peserta dengan teknik kebiasaan tetapi ia sesuatu yang sangat baru dan teknik ini belum pun tersebar luas dalam negara ataupun luar. Di dalam Kem Smart Quran ini ia menggunakan teknik yang dinamakan teknik al-Baghdadi iaitu satu ketukan satu huruf. Dengan menggunakan alat ketuk yang telah disediakan khas untuk teknik ini sahaja. Apabila ana perhatikan ia secara tidak langsung menarik minat para pembaca bagi sesiapa yang mahu memperbetulkan bacaan dari sudut tajwid atau teknik. Sebelum Kem ini bermula secara rasmi semua fasi dan jurulatih perlu mengikuti bengkel yang diadakan pada waktu pagi sebelum pendaftaran para peserta yang berumur 7 hingga 17 tahun sahaja. Pada mulanya ana agak kekok mengajar dengan teknik ini tetapi setelah beberapa hari kem ini dijalankan alhamdulillah ana dapat mengajar dengan baik kepada adik-adik peserta yang banyak memberi kerjasama kepada ana. Pelbagai karenah adik-adik yang ana hadapi tapi menghiburkan kebetulan ana diberi tanggungjawab memegang kumpulan adik-adik lelaki kadang-kadang over aktif juga ye adik2 ni hehe..(adik syauqi,adik raden,adik halim,adik afif,adik asyraf,adik haziq dan hakim) jangan lupa praktik kat rumah tau>Kepada kak Sarah, kak Shah, kak Ziha dan semua yang terlibat di dalam kem ini syukran jiddan yang tak terhingga korang memang sporting...selepas ini jika diberi peluang lagi InsyaAllah kita jumpa lagi.

Terengganu..

Inilah masanya ana dan keluarga untuk cuti-cuti Malaysia..huhu ye la setelah berprogram di sana sini sekarang ingin mencari ruang untuk bersama-sama ngan keluarga plak..ana berkesempatan menziarahi saudara mara yang berada di kemaman Terengganu. Sepanjang percutiaan di negeri penyu ini pengalaman yang paling berharga dan first time juga katakan melihat penyu naik ke daratan untuk bertelur sekitar pada jam 12.00 malam...rupa-rupanya besar juga penyu kat Terengganu ni ye..agak teruja bila berpeluang macam ni selalunya tengok kat Tv je...Sekarang tengok LIVE..ana dan family berkesempatan singgah ke UITM Dungun memang best tempatnya betul-betul berhadapan dengan lautan teruja sekali lagi =)..InsyAllah adik ana akan menyambung pelajaran di situ dalam bidang pe ye lupa la plak...hehe Kebanyakan tempat yang ana singgah semuanya pantai atau teluk seperti Temasik, Kalong, Telaga simpul...suasana yang nyaman dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan ana akan sampai ke situ sekali lagi tapi pada masa akan datang jika masih diberi kesempatan..

Indahnya kebesaranMu Ya Allah..
Pantai Temasik..
Kesempatan ini sahaja mampu ana kongsikan...ana akan kembali menyambung perjuangan mencari ilmu..Doakan ana dan sahabat2 sentiasa berada di dalam Redha ALLAH dan berjaya di duniawi wa ukhrawi...salam kasih sayang=)

Hitung segala kesyukuranmu..Bukan Kesukaranmu...