Ahad, 31 Julai 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.....



*akademi Ramadhan menuju puncak TAQWA...

Rabu, 27 Julai 2011

*Transformasi Ramadhan*



Alhamdulillah…baru-baru ni berkesempatan menghadiri Seminar Transformasi Ramadhan di UKM Bangi yang dianjurkan Total Success, Synergy Training & Consulting, Iftitah Training & Consultancy dengan kerjasama PMUKM..al-maklumlah bulan Ramadhan pun hanya tinggal beberapa hari lagi mungkin dengan seminar ini proses pengislahan diri dalam segenap ibadah dalam bulan mulia ini lebih baik dari sebelumnya..

:: Agak ramai juga yang mengikuti seminar Transformasi Ramadhan ini.. jumlahnya hampir mencecah 400 orang memenuhi Dewan Kompleks Tun Abdullah Mohammad Salleh. Seminar yang sangat-sangat bermanfaat dan bernilai kerana ilmu seperti ini tidak mampu dibeli tetapi dikongsi…Mungkin sedikit sebanyak input yang ana perolehi ingin dikongsikan bersama sahabat2 sebelum melangkahnya kita ke bulan Rahmat penuh keberkatan…InsyaAllah…

Slot pertama yang dimulakan oleh Tuan Fazrul Ismail yang bertajuk “Ramadhan & Transformasi Intelektual..banyak menyentuh berkaitan dengan cara memperbetulkan pandangan kita terhadap bulan Ramadhan dan apa yang harus di buat dan praktikalnya…kerana setiap muslim akan melalui proses dari segi fizikal, intelektual, emosional dan spiritual(punca terbesar suatu perubahan)…Kerana Ibadah memproses kepercayaan iaitu matlamat untuk mencapai taqwa kita kepada Allah s.w.t. Seterusnya beliau banyak mengunakan aplikasi dari ayat al-Quran iaitu pada ayat 183-197 surah al-Baqarah yang mengkhususkan puasa dan amalan di bulan Ramadhan…

“Ramadhan adalah perisai”

Seterusnya slot yang berkaitan dengan Ramadhan & Transformasi fizikal yang disampaikan oleh Dr.Mahathir Mohamed..jangan salah sangka ye panelis ni bukanlah bekas PM kita tu tapi hanya kebetulan namanya sama..Dr. banyak menyentuh berkaitan tentang kesan positif berpuasa dan dari sudut pemakanan individu dalam menjaga kesihatan tubuh badan...mungkin ana boleh kongsikan terus sedikit tips2 ramadhan dalam menjaga pemakanan:

· Bersahur untuk mengelakkan gastritis

· Kurangkan kalori : elakkan makan berlebihan ketika berbuka

· Kunyah dengan teliti

· Kurangkan caffeine

· Pastikan sumber protein ada dalam pemakanan (saiz tapak tangan)

· Makan apabila lapar berhenti sebelum kenyang

· 1/3 makanan…1/3 air…1/3 angin

· Hadkan manisan kepada kurma dan buah-buahan

Dan banyak lagi ilmu yang dikongsikan oleh Dr Mahathir…simple share..

:: Slot ni adalah yang paling ana tunggu2kan sebenarnya...slot yang disampaikan oleh Ust Hasrizal@saifulislam iaitu Transformasi emosi & Spritual..kebiasaannya sebelum ini hanya membaca blog beliau ttp kali ni ana berpeluang mendengar pengisian secara live dan ia sangat menarik perhatian bukan sahaja ana tetapi semua peserta..Ust banyak menggunakan pengisian berkaitan dengan kehidupan beliau sendiri dan pengalaman yang dilalui..jujur ana katakan sangat2 menarik+input...

Ustaz Hasriza@saifulislam

:: Bermula dengan muqadimah berkaitan denga sejarah seorang pemimpin iaitu Presiden Pertama Tunisia Habib Bourguiba yang mengeluarkan pekeliling pada tahun 1961 - tidak membenarkan puasa kepada pekerja-pekerja kerajaan dengan alasan dgn berpuasa tidak akan melahirkan pekerja2 yang produktif...apabila kita melihat ia sebagai satu sejarah yang pernah berlaku maka kita akan mempelajarinya untuk tidak melakukannya(sesuatu yang salah)...

Itulah hakikat bila kita mengetahui puasa sebagai satu kewajipan setiap orang muslim..kata beliau:"Siapa nak jadi baik kena solat, sebab solat dapat baikkan orang (mencegah kemungkaran) dan sesiapa yang bersolat tak semestinya dah baik. Jika masih melakukan kemungkaran maka pasti ada yang tidak kena pada input (niat) dan proses (ketika solat itu)"oleh itu, jangan hanya menjaga puasa tetapi solat diabaikan..itulah yang terjadi pada umat zaman sekarang..samaada ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling harus peka terhadap situasi yang berlaku..

Kenapa Ramadan kita tidak berkesan??

*Berpuasa tetapi tidak solat..

Bagaimana mungkin seseorang itu berpuasa, tetapi meninggalkan rukun Islam yang lebih tinggi iaitu solat. Ia bukanlah masalah hukum ataupun masalah fiqh tetapi ia berkaitan dengan kecacatan serius pada aqidah kita..kerosakan yang melibatkan MINDSET dan WORLDVIEW..Kerana melihat puasa sebagai mekanisme kesihatan diri semata-mata, tanpa ada hubungkait dengan kehambaan diri kepada Allah..justeru puasa kosong daripada roh tarbiyyah dan sekadar memberikan manfaat kepada kebendaan atau duniawi semata-mata..

Cabaran Menuju Taqwa

“Berapa ramai orang yang berpuasa tidaklah dirinya itu mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga.”

(Hadis riwayat Abu hurairah)

Rasulullah s.a.w telah memberi peringatan tentang betapa ramai yang gagal memperolehi tawaran2 hebat Ramadhan, kecuali lapar dan dahaga yang sia-sia..Justeru tidak sempurna hasil TAQWA setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mungkin disebabkan input berkaitan dengan IMAN dalam hal dalaman manusia..

Kisah sahabat nabi berkaitan dengan makna TAQWA:

~ Umar al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Kaab makna Taqwa :

~ Ubai (jawab dalam bentuk soalan semula) : "Pernahkah kamu melalui jalan yang

berduri?"

~ Umar : "Sudah tentu"

~ Ubai : "Apa yang kamu lakukan?"

~ Umar : "Saya menyingsing pakaian dan berjalan penuh hati-hati agar tidak terkena

duri."

~ Ubai : "Itulah Taqwa"

*TAQWA itu ibarat berjalan dengan penuh hati-hati, tidaklah berjalan tanpa rasa peduli dengan apa yang dilalui*ia sangat berkaitan dengan kawalan diri seseorang...Seterusnya Ust sangat menekankan berkaitan dengan pengawalan diri iaitu SABAR..*jadilah orang yang sabar*...

“Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan." surah an-nahl

4 jenis sabar:

~ الصبر بااللَّه = **

~ الصبر مع اللَّه = sabar dengan Allah dalam berbuat amalan

~ الصبر لِلَّه = sabar kerana Allah perintahkan

~ الصبر عن اللَّه = sabar dari Allah (jangan sesekali sabar dengan sabar yang ini)

Jadikanlah pakej2 ramadhan seperti Tadarus, Sedekah, Qiamullail dan segala jenis ibadah sebagai proses kita membina diri sebagai hamba Allah yang BerTAQWA...setakat ini sahaja sedikit perkongsian dari ana walaupun banyak lagi yang ingin diberi..terimalah sekadarnya...=)

Tq geomaira90 ats perkongsian ilmu ini...especially to saifulislam...