Sabtu, 25 Mei 2013

Bersama..

Senyuman terukir di kala senang,
Menanti hari kian menjengah,
Melihat sahabat hatiku tenang,
Moga Ukhuwah bersimpul kasih...

Pantun yang tak berapa nak pantun sangat kat atas ni al-maklumla tak reti sangat..tapi apapun khas buat sahabat yang ku kenali..tapi kali ini semua khas buat family PMFPI yang pernah buat hati ini tersenyum dan belajar BERSAMA organisasi yang sentiasa melangkah dan bergerak ke hadapan..ooh itu semua pengalaman sebenarnya, terima kasih3X..kurnia sahabat yang bisa mengajar dan beriku tunjuk ajar ..Ukhuwah fillah forever..

Moga Allah redha kita bersama..

Jumaat, 3 Mei 2013

Bertamu Di Kepulauan Riau Indonesia


Alhamdulillah selesai sudah Ekspedisi Dakwah Riau 2013, laluan kenangan yang berwarna warni telah terukir di kotak pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan. Perjalanan yang menjanjikan senyuman berharga bagi sesiapa sahaja yang mengikuti Ekspedisi ini. Seramai 40 orang berbekalkan misi yang sama "Dakwah" telah dipermudahkan oleh Allah yang mengatur segalanya menjadi mudah..Allahuakbar2.. 5 hari disana mungkin tidak puas untuk berkongsi segalanya tetapi biar sahaja potret kenangan bercerita..



 *Kagum melihat adik-adik seawal 6 pagi berada di masjid untuk kelas tasmi' fardhu ain walaupun hari cuti ..sejujurnya suasana ilmu disana buat hati ini jatuh cinta dgn adik-adik Riau..^^



*Sesi Motivasi bersama pelajar SMA Binaan 4 Karimun (sekolah rangking pertama di Riau) & SMA Aliyah (USB) Karimun..memang da best adik-adik ni..


 Sahabat-sahabat sedakwah yang menceriakan & komited..



Bersama Keluarga angkat yang baik hati sudi menerima kami seadanya..TQ



Sahabat-sahabat yang buatku tersenyum selalu di Gloria, Karimun.. 


Mungkin ia bukan titik terakhir  insya Allah andai diberi peluang akan ke sana semula.. 5 bintang untuk "Ekspedisi Dakwah Riau" kali ini...terbaik!! 

Tiga Perkara Di Bumi Karimun..
~ Masjid Agung Karimun bersih,bersih,bersih (first time jumpa masjid bersihnye...)
~ Sopan santun adik-adik Riau(sampai tahap tangan lenguh dibuatnya sebab adik-adik ni pantang tengok kakak2 nak salam*suka2) 
~ Jus Pokat & bakso yang sedap2..(makanan disana memang best x percaya datanglah  Riau)

"Semoga Allah redha dan berkati Ekspedisi Dakwah kami"  Allahumma Ameen..





Jumaat, 15 Mac 2013

Gua Chennah Kami Datang



Melihat, Berjalan, Menghayati..

Bermula kembara Sahabat Aqidah


 Perjalanan yang panjang..


 Best!!



 Gua Chennah..keadaan gua yang sempit & gelap cabaran yang harus ditempuh..


Tunduk semua kalau tak kena batu kat atas tu..



 Senyum..selepas menempuhi dua gua yang mencabar..
*Bersama Exco PMFPI


 Akhirnya kami berjaya..
Alhamdulillah..


Sujudku Hanya Untukmu..

Pengalaman yang menarik & memang terbaik yang pernah join..
Syukran Semua..



18-20 Mac 2013
Kem Ghuraba'
Pusat  Pemantapan Akidah JAKIM
Jelebu Negeri Sembilan
PMFPI & JAKIM


Rabu, 6 Mac 2013

Pray for Sabah





Mungkin saat ni ramai yang dah tahu kondisi yg berlaku di Sabah (Lahad datu). Bila baca status sahabat2 yang berada di Sabah macam-macam respon dan pandangan..semakin hari keadaan yg agak membimbangkan ramai perwira negara yang gugur semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh..

    Ada yang kata begini & begitu hal berkaitan isu Lahad datu. Sekarang bukan masanya untuk menuding jari sana atau sini yang penting sama2 kita doakan kesejahteraan negara & Sabah yang saat ini ditimpa ujian.. Mengharapkan sahabat2 disana mendapat perlindungan dan jagaan dari-Nya.. Allahu Musta'an..Tipulah kalau tdak terasa apa yang berlaku di negeri kelahiran tercinta..


~sayasayangsabah~
       dihatiku 12


Isnin, 18 Februari 2013

Kerana DIA Kasih


Saat ini mentari masih muncul..
Saat ini ada insan yang diuji oleh Allah..


Redha dan sabarlah dengan segala perjalanan hidup yang sekalipun teramat sangat pahit untuk ditelan kerana Allah tidak membebankan hambaNya di luar mampunya...


Walaupun zahirnya tidak kau tunjukkan..
Namun hati ini sangat merasa..
Ku tahu Allah sedang menguji kerana DIA kasih & Cinta


"Ya Allah beri kekuatan padanya
Semoga Allah berikan yang lebih baik+++..
Pelihara dia dengan kasih sayangMU.."

Allahumma ameen..



Jumaat, 7 Disember 2012

Kekuatanku..



Kekuatanku yang tak pernah berhenti..

Cintaku pada mereka tidak pernah pudar

Sayangku tidak pernah hilang 

Kasihku pada mereka sentiasaku pegang

Kuharap jua Yang Esa sentiasa Merahmati

Cinta, Sayang, Kasih pada mereka

Peliharalah seluruh Keluargaku

Dalam AgamaMu

Ayah-Ummi-Akak-Abang-Adik

Ku ingin melihat mereka menjadi Soleh Solehah 

Keluargaku SYURGAKU
Allahumma Ameen

Cinta-Sayang-Kasih
Dulu-Kini-Selamanya

Rabu, 5 September 2012

Lensa humaira


Just share gambar2 hasil dari tangan sendiri baru cuba2 nak guna nikon walau x seberapa..sy budak baru belajar..just see k..^^

 ladang strawberi

Cameron marii..

UUM sintok

Kucing ni kalau tengok real ada kalimah Allah jumpa kat tengah jalan...


 Termenung ape tu??comel kan..


Mai Pendang,Kedah 


 Pendang


  warna-warni wardah...


 Masjid Sultan Mizan,Putrajaya




~Dengan kamera pun kita boleh berdakwah cuma kita sahaja yang menentukan mana yang baik & yang buruk..realiti atau fantasi semata-mata..fikir-fikirkan...^^