Khamis, 31 Mac 2011

Ziarah dakwah


Part 1

Lama rasanya x post apa2 kat blog ni…tapi apa2pun still nak share pengalaman2 lalu bersama dengan masyarakat orang asli..3 minggu lepas ana berkesempatan mengikuti 2 program dakwah kerjasama MUIP,JAIP & etc..Program pertama bertempat di Perkampungan Orang Asli Kg Enggang Kuala Gandah Lanchang..tempat ni betul2 bersebelahan dengan Pusat konservasi Gajah, tempat ni juga menjadi tumpuan pelancong dalam & luar Negara..Memang best la program kat situ hari2 boleh tengok gajah bukan selalu dapat peluang macam ni..suku kaum masyarakat orang asli di sini adalah suku kaum chek wong. Ana difahamkan suku kaum ini adalah suku yang paling pemalu…So sepanjang program dijalankan pada mulanya sukar sedikit untuk sama2 join program yang dianjurkan tapi hasil usaha siswa siswi bersama tenaga penggerak MUIP akhirnya berjaya juga mencapai objektif yang ingin dicapai..pada hari terakhir ketika majlis penutupan ada diadakan sekali dengan majlis pengislaman seramai lapan orang yang terdiri daripada orang asli chek wong..alhamdulillah ana rasa sangat bersyukur bertambah jua umat Islam di muka bumi Allah ni..gembira+pengalaman+syukur=)