Ahad, 25 September 2011

Detik-detik yang berlalu..


KONVOKESYEN

::Alhamdulillah2 syukur padaNYA masih lagi diberi kesempatan untuk terus berpijak di bumiMu ini…dan masih diberi nikmat untuk merasai kegembiraan bersama orang2 yang ana sayangi..hampir seminggu berlalu detik 19 hb September merupakan hari bersejarah buat ana bersama sahabat-sahabat yang lain setelah 3 tahun berjuang di medan ilmu KIPSAS untuk menerima segulung Diploma Dakwah dan Pengurusan..rasa bahagia dan gembira dapat berjumpa dengan sahabat2 setelah sekian lama tidak berjumpa..terubat rindu bila dapat bersua..Ya Allah setinggi2 kesyukuran yang mampu ana ucapkan kerana dipermudahkan jalan menuntut ilmu ini…jujur ana katakan bumi KIPSAS adalah tempat yang banyak memberi tarbiyah untuk diri ini..jasa dan sumbangan para pensyarah takkan ana lupakan doa’ buat kalian agar sentiasa diberi kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa menjadi seorang insan sentiasa berpegang teguh dengan agama..ameen3..(especially to Ustazah Safiah,Ustazah Aisyah,Ustaz Ainuddin,Ustaz Effat,Ustaz Faddly,Ustaz Haizuran & others)..tidak lupa keluarga yang menjadi tunjang kepada diri ini untuk terus melangkah kehadapan syukran jiddan…juga sahabat2ku yang menjadi sumber kekuatan dan sentiasa mendoa’kan diri ini..terima kasih3…tiada apa yang mampu untuk diberikan melainkan doa jua buat kalian…Allah sahaja mampu membalasnya..


sahabat perjuangan


ana & konvokesyen


DUNIA BARU

:: Sujud syukur mampu ana lakukan setelah ditawarkan ke salah satu Pusat pengajian Tinggi di Malaysia walaupun sebelum ini jauh di sudut hati untuk menyambung belajar ke acheh..namun inilah yang dikatakan ketetapan yang telah ditentukan..cepat masa berlalu ana telahpun menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi..inilah dunia baru ana..kampus baru..kawan baru…hostel baru…pensyarah baru…segala2nya baru buat ana…bermula hari pertama mendaftar agak kelamkabut juga dibuatnya dengan dokumen masih ada yang belum lengkap & urusan2 lain yang belum diselesaikan..al-maklumlah hari ana menerima konvokesyen dan raptai sangat hampir dengan hari pendaftaran..hari pendaftaran hampir semua sahabat2 ana yang pernah belajar bersama di KIPSAS kesemuanya mendaftar diakhir waktu..rupanya bukan ana sahaja yang kelamkabut tapi yang lain juga..apapun semuanya dapat diuruskan dengan baik sehingga hari orentasi dijalankan…Orentasi = agak penat tapi seronok..walaupun sudah berada di dunia yang baru bumi KIPSAS tetap diHATI…


SAHABAT-SAHABAT YANG DIRINDUI

:: Firstly..mabruk2 buat semua sahabat2 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi..ada yang ke Jordan, Acheh dan tak kurang jg di dalam Malaysia..terasa baru bersama..tetapi itulah hakikatnya setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. agak sedih juga bila tak dapat bertemu dan bersama lebih lama sebelum masing2 ke destinasi ilmu..semoga kalian semua dipermudahkan langkah dan diberi kekuatan menghadapi kehidupan mendatang..Doa’ buat semua panjang umur kita bersua lagi...

*To my beloved lil sist Ummu doa’ untukmu juga sentiasa mengiringi..asif sebab x sempat untuk bersama lebih lama & salam sayang kerana Allah..Semoga Ukhuwah ini sentiasa dipelihara olehNYA…*^-^

Iman: Ya Allah berikanku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini…


Isnin, 5 September 2011

Jom Puasa 6


"Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”
(Hadis Riwayat Muslim)


Walaupun masih dalam mood raya dan masih lagi terasa pemergian Ramadhan disini ana nak ajak sahabat2 "Jom Puasa 6"..Puasa 6 ini sangat digalakkan untuk kita laksanakan..cuba lihat hadis di atas kita berpuasa 6 hari sahaja tapi ganjaran pahalanya umpama puasa setahun...agak2 larat ke kita berpuasa selama setahun.. apalagi jangan lepaskan peluang yang ada..berkaitan dengan puasa 6 ni ada juga adik2 yang bertanya dengan ana puasa ni boleh ke sekali dngn qada'??atau tidak??mungkin ana boleh jelaskan secara ringkas berkaitan dengan puasa 6 mengikut pendapat ulama ada 3 pandangan:

1- Boleh puasa qada' kemudian baru puasa 6
2- Boleh puasa 6 kemudian baru puasa qada'
3- Boleh qada' dan puasa sunat skali pun dibolehkan...

::Sebenarnya memang banyak pendapat berkaitan dengan puasa 6 ni..dan ana menggunakan pendapat diatas setelah beberapa kali ana mengikuti kuliah agama dan sumber2 ilmu yang boleh dipercayai..terpulang untuk sahabat2 menerimanya..ok Selamat Berpuasa syawal^^


iman: Ya Allah permudahkan kami dalam beribadah kepadaMu....