Isnin, 5 September 2011

Jom Puasa 6


"Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”
(Hadis Riwayat Muslim)


Walaupun masih dalam mood raya dan masih lagi terasa pemergian Ramadhan disini ana nak ajak sahabat2 "Jom Puasa 6"..Puasa 6 ini sangat digalakkan untuk kita laksanakan..cuba lihat hadis di atas kita berpuasa 6 hari sahaja tapi ganjaran pahalanya umpama puasa setahun...agak2 larat ke kita berpuasa selama setahun.. apalagi jangan lepaskan peluang yang ada..berkaitan dengan puasa 6 ni ada juga adik2 yang bertanya dengan ana puasa ni boleh ke sekali dngn qada'??atau tidak??mungkin ana boleh jelaskan secara ringkas berkaitan dengan puasa 6 mengikut pendapat ulama ada 3 pandangan:

1- Boleh puasa qada' kemudian baru puasa 6
2- Boleh puasa 6 kemudian baru puasa qada'
3- Boleh qada' dan puasa sunat skali pun dibolehkan...

::Sebenarnya memang banyak pendapat berkaitan dengan puasa 6 ni..dan ana menggunakan pendapat diatas setelah beberapa kali ana mengikuti kuliah agama dan sumber2 ilmu yang boleh dipercayai..terpulang untuk sahabat2 menerimanya..ok Selamat Berpuasa syawal^^


iman: Ya Allah permudahkan kami dalam beribadah kepadaMu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan