Sabtu, 26 November 2011

Hijrah Satu Perubahan




Jom sahabat2 kita melangkah dengan azam yang baru, jadikan tahun ini lebih baik dari yang lepas..

Semoga kita dapat mengharungi hari2 mendatang dgn penuh keimanan & keberkatan..Redha Allah itu penting...

Ana sendiri berharap untuk diri ini: be a better muslim..as friend..as student..other..

Ya Allah..tetapkanlah daku sentiasa berada dijalanMU...




Jumaat, 18 November 2011

Ratib Bibir Hati


Gemersik gema azan
Siulan cengkerik senja
Bayu lembut menyapu wajah
mencurah damai sekuntum hati

Indah biah ciptaNya
Seindah kasihNya

Kala hati terasa sepi
Mutiara zikrullah di bibir kalam
Penerang Qalbi bias terasa
Kilau butir bintang diangkasa
Setia menabur cahaya

Agungnya KuasaMu
Seagung cintaNya

Tenang dinihari
Mengamit bibir hati
Merasa madu zikir
Dihamparan tafakur

Dalam sujudku berteman tangis rindu
Dalam Doa berteman sarat impian
Agar akhirku nanti dselimuti kasihMU...


Nukilan kala sang hati terasa sepi..
Iman Humaira

Sabtu, 5 November 2011

Salam Eiduladha

ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR..

Syukur ke hadrat Allah SWT masih memberi kesempatan untuk terus beribadah kepadaNYA..pasti kedatangan eiduladha sentiasa mengingatkan kita kembali pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Inilah peluang kita sebenarnya untuk merenung dan cuba meletakkan diri kita pada posisi sepertimana sejarah pengorbanan yang berlaku ketika Nabi Ismail merelakan dirinya untuk dikorbankan semuanya kerana menuruti perintah Allah tetapi ia berlaku dengan seribu hikmah. Sehingga hari ni kita menyambut hari kebesaran iaitu Eiduladha..lihatlah dari sudut pengorbanan kita dalam menegakkan syariat Allah SWT?tepuk dada tanya iman..

*Teringat kenangan saat berhari raya korban di bumi Kemboja pada tahun lepas. Kehidupan di sana yang penuh cabaran terutama bagi minoriti umat Islam yang jumlahnya hanya sedikit tetapi kuat mengharungi warna warni kehidupan. Hitam atau putih pasti diteruskan ana sangat kagum melihat usaha umat Islam di sana yang sentiasa mahukan ilmu agama dan bangun dari terus ditindas. Itulah pengorbanan orang Islam di bumi Kemboja nak dibandingkan umat Islam kita yang bilangannya ramai. Bukalah mata, kita perlu kepada perubahan..Satu perkara yang ana takkan lupakan bila melihat penduduk Islam di Kemboja setiap kali masuknya waktu solat yang lima pasti ramai jemaah yang berpusu-pusu ke masjid berdekatan. Renung2kan kita yang sentiasa mudah ini…

Kenangan bersama di bumi Kemboja

Apapun semoga Eiduladha kali ini memberi pengajaran dan menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik. Tidak lupa kepada semua jemaah haji yang berada ditanah suci Mekah harapan semoga diberi kemudahan dan mendapat haji yang MABRUR..Allahumma Amin…InsyaAllah..

~Buat semua keluarga & sahabat handai Salam Eiduladha semoga kita sentiasa menjadi insan yang teguh dan diberi kekuatan olehNYA…Biiznillah..


“SAAT BERDERAI JATUH AIR MATA IBRAHIM..

MELIHAT KETEGUHAN IMAN ANAKNYA ISMAIL..

DIKALA ITULAH BERMULANYA SEJARAH AGUNG

ERTI SEBUAH PENGORBANAN