Sabtu, 4 Februari 2012

Zahirkan Rasa Cintamu Pada Rasulullah SAW



~ Kekasih Allah insan yang TERPILIH bernama Muhammad bin Abdullah yang sentiasa menjadi contoh sepanjang zaman dan teladan yang teragung. Bagaimana cara untuk ungkapkan rasa cinta kita terhadap Rasulullah SAW? cinta bukanlah hanya untuk diungkapkan atau dilafaz bahawa saya cinta..saya sayang..saya rindu pada Rasulullah..tidak cukup hanya sekadar berkata-kata..Akan tetapi zahirkanlah dengan cara mengikuti peribadinya..sunnahnya..segala yang dibawa oleh Rasulullah SAW..Namun adakah kita sudah benar-benar mencintai Baginda?samaada mahu atau tidak kita harus akui kita amat terhutang budi dengan Rasulullah yang mengabdikan diri untuk menyelamatkan kita umat akhir zaman.

Rasa cinta dan kasih sayang pada umatnya walaupun disaat2 akhir baginda di dunia masih sempat menyebut ummati..ummati..ummati..sungguh baginda sayang akan umatnya..walupun jarak baginda dengan kita terlalu jauh untuk dibandingkan, tetapi hakikatnya Baginda terlalu dekat dengan diri kita..setiap kali mengerjakan ibadah saat bermulanya mengucapkan syahadah dalam kehidupan, bacaan ketika solat..nama baginda kita sebut-sebut berulang-ulang kali..

Kenalilah baginda dengan mata hati bukan hanya mendengar sirah atau melalui pembacaan semata-mata. Tetapi dihayati, difahami dengan pengertian yang mendalam terhadap baginda dengan pandangan dari mata hati yang terang dan ikhlas barulah mampu membuahkan rasa cinta dan kekal untuk diikuti..baginda bukanlah manusia yang biasa-biasa tetapi Allah mengutusnya sebagai utusan bagi hamba-hambanya. Baginda pernah bersabda

“ Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini akan dapat merasa keimanan iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul lebih daripada segala-segalanya, kedua menyintai seseorang kerana Allah dan takut kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya sebagaimana di benci untuk dilemparkan dalam api neraka yang panas”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mempraktikkan segala sunnahnya juga sudah membuktikan kita cinta dan rindu padanya. Sekiranya terdetik perasaan benci kepada sunnah Rasul maka dia tidak termasuk dikalangan mereka yang diakui umat Rasulullah SAW. Sabdanya

Sesiapa yang menolak sunnahku maka dia bukan dari kalanganku”.

(Riwayat Bukhari)

Andai umat Islam hari ini mampu menanamkan rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah SAW..ana percaya umat Islam akan dapat menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat kelak.

>Marilah kita suburkan rasa mahabbah kita pada Rasulullah SAW.

>Allah akan memberikan bonus bagi mereka yang banyak berselawat Rasulullah SAW.

>Mencintai Rasulullah Cinta Yang Terindah

>CINTAILAH RASULULLAH SAW KERANA RASULULLAH SAW MENCINTAI KITA..

~Allahummasolli a’la Muhammad wa’ala alahi sayyidina Muhammad~