Khamis, 30 Jun 2011

::Catatanku::


Bismillahirrahmanirahim….

:: Alhamdulillah masih diberi ruang dan kesempatan diri ini untuk terus merasa nikmatMU yang semuanya hanya pinjaman…kali ni hanya ingin mencoretkan catatan yang dilalui sepanjang masa2 dan saat yg telah berlalu..ana merasakan apa yang berlaku terhadap diri ini sebagai muhasabah ujian kepada ana..bila difikir2kan ya ni semua ada hikmahnya..teringat pada firman Allah “Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu itu melainkan ia mampu melaluinya”…memang betul apa yang berlaku banyak memberi(disebalik) pengajaran & sesuatu kepada ana..segala nikmat yang ada dimuka bumi ni termasuklah nikmat paling bernilai iaitu kesihatan..tiba masa bila sampai ujian terhadap kita pastinya kadang2 terasa berat tapi harus dilalui..wahai saudara2ku…ingatlah kita sentiasa akan nikmat itu hanya pinjaman semata-mata andai dibiarkan dengan kelalaian dunia bila2 masa sahaja peringatan itu akan datang..buat muhasabah diri ini agar sentiasa mengingatiMu Ya Allah…

:: Baru-baru ni sekali lagi berkesempatan mengikuti satu program iaitu “Kem Jati Diri Remaja”.. sebelum semuanya berjalan ana sempat bertemu dengan beberapa sahabat ana..rasa2nya hampir sebulan lebih juga x bertemu..maklumlah sejak sama2 menamatkan pengajian ni kemungkinan nak berjumpa tu x tau lagi…tapi Alhamdulillah kebetulan yang tak dijangka berjumpa kembali di kolej (k.Qas, Ainul, Akmal)..ya memang rindu pada semua termasuklah adik2 yang juga sama di tempat pengajian ana…semoga ukhuwah kita berpanjangan & dipelihara olehNya..insyaAllah..

::Bermulanya program “Kem Jati diri Remaja” bertempat di SMK Sungai Baging Cherating yang mana semua pelajar daripada tingkatan 3 dan 5..sebelum ana berangkat ke program ana difahamkan peserta2nya di kalangan pelajar2 yang bermasalah..pada mulanya ana agak risau juga takut2 x boleh nak handle memandangkan ana kurang sihat tetapi rupa-rupanya tidaklah seperti yang dikhabarkan betul adik2 ni memang agak nakal tapi mudah dibimbing…walaupun banyak program yang pernah ana ikuti sebelum ni bagi ana, ada sesuatu yang baru anadapat bersama2 dengan adik2 SMK Sungai Baging…di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti LDK, Qiamullail, Malam Muhasabah, Surat Wasiat dan etc…program yang hanya berjalan selama sehari setengah namun banyak isi dan manfaatnya..sepanjang pemerhatian ana, adik2 ni sebenarnya berpotensi untuk berjaya cuma perlu dipegang dan terus dimotivasi samaada daripada keluarga juga pihak sekolah sendiri…semoga adik2 SMK Sungai Baging mampu membuat perubahan dan mencipta kejayaan di dunia mahupun di akhirat..InsyaAllah…ameen2x




::Buat sahabat ana yang sentiasa menemani sepanjang berprogram Ukht Syafinaz terima kasih banyak2 yea..jaga ana yang kurang mampu terkadang lemah..juga ingatkan ana bila waktu makan ubat pasti diingatkan…kadang2 penat rasanya menelan ubat-ubatantapi apakan daya setakat ni dengan ubat2 ni la ana bergantung…tapi ape2pun semuanya datang daripadaNya…

:: Buat adikku Ummu insyaAllah ada rezeki & ruang kita jumpa lagi terubat rindu bila bersua …semoga ukhuwah ini sentiasa di pelihara olehNya…=)


~suka sangat lagu I believe~


Sabtu, 4 Jun 2011

:Pergi tak kembali:


Lebih kurang jam 8.30pg ana menerima sms daripada seorang sahabat mengatakan bahawa Allahyarham Uktie Wahida telah kembali ke Rahmatullah...ana baca berulang kali sms yg diterima..bukan x percaya tetapi terasa ana kehilangan seorang sahabat yang pernah sama2 menjejak di medan ilmu(KIPSAS)...airmata untuk sahabat yg telah pergi buat selama-lamanya..Ya Allah hambamu redha...teringat masa bersama arwah seorang yang friendly, baik...kenangan tika bersama xkan ana lupakan..beberapa sms ukhuwah arwah ukhtie wahida yang pernah dikirimkan kpd ana masih lagi tersimpan di inbox hp ana(sebak)..Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu, ku doakan agar ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..SEMOGA KITA JUGA SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA...

AL-FATIHAH

Khamis, 2 Jun 2011

Rejab datang lagi...



Hari ke hari bulan ke bulan akhirnya rejab datang lagi...alhamdulillah masih diberi ruang untuk berada bersama..sahabat2 ayuh kita sama2 menghayati dan mensyukuri setiap masa, detik, saat, yang diberikan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah...inilah saat kita untuk menambah amal ibadah tetapi perlu diingat jangan sampai masuknya bulan2 tertentu baru nak beramal!!apabila kita singkap kembali sejarah catatan peristiwa penting yang pernah berlaku ketika bulan rejab menjelma antaranya ialah:


1) Peristiwa isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama' Islam. Ia adalah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah bermulanya kefardhuan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.

2) Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habsyah oleh beberapa orang sahabat Rasululullah s.a.w. termasuk termasuk saidina Usman bin Affan r.a. dan isterinya Ruqaiyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

3) Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan Hijrah. Ia adalah peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab ketika itu. Walaubagaimanapun akhirnya tentera Rom membatalkan hasrat mereka kerana merasa gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam. (haluan tarbawi)


oleh itu, marilah sama2 tingkatkan amalan di bulan rejab sebelum sampainya Ramadhan... selamat beramal...=)