Jumaat, 3 Mei 2013

Bertamu Di Kepulauan Riau Indonesia


Alhamdulillah selesai sudah Ekspedisi Dakwah Riau 2013, laluan kenangan yang berwarna warni telah terukir di kotak pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan. Perjalanan yang menjanjikan senyuman berharga bagi sesiapa sahaja yang mengikuti Ekspedisi ini. Seramai 40 orang berbekalkan misi yang sama "Dakwah" telah dipermudahkan oleh Allah yang mengatur segalanya menjadi mudah..Allahuakbar2.. 5 hari disana mungkin tidak puas untuk berkongsi segalanya tetapi biar sahaja potret kenangan bercerita..



 *Kagum melihat adik-adik seawal 6 pagi berada di masjid untuk kelas tasmi' fardhu ain walaupun hari cuti ..sejujurnya suasana ilmu disana buat hati ini jatuh cinta dgn adik-adik Riau..^^



*Sesi Motivasi bersama pelajar SMA Binaan 4 Karimun (sekolah rangking pertama di Riau) & SMA Aliyah (USB) Karimun..memang da best adik-adik ni..


 Sahabat-sahabat sedakwah yang menceriakan & komited..



Bersama Keluarga angkat yang baik hati sudi menerima kami seadanya..TQ



Sahabat-sahabat yang buatku tersenyum selalu di Gloria, Karimun.. 


Mungkin ia bukan titik terakhir  insya Allah andai diberi peluang akan ke sana semula.. 5 bintang untuk "Ekspedisi Dakwah Riau" kali ini...terbaik!! 

Tiga Perkara Di Bumi Karimun..
~ Masjid Agung Karimun bersih,bersih,bersih (first time jumpa masjid bersihnye...)
~ Sopan santun adik-adik Riau(sampai tahap tangan lenguh dibuatnya sebab adik-adik ni pantang tengok kakak2 nak salam*suka2) 
~ Jus Pokat & bakso yang sedap2..(makanan disana memang best x percaya datanglah  Riau)

"Semoga Allah redha dan berkati Ekspedisi Dakwah kami"  Allahumma Ameen..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan