Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Murabbi...



Buat semua murabbi2 yang pernah mendidikku sesungguhnya ilmu yang dicurahkan kepada diri ini amat bermakna untuk terus berdiri menjadi insan yang berguna pada agama. Bermula dari taski, tabika, Sk Pekan Ranau, SMK(A) Mohd Ali SEMEKAR, juga kepada semua pensyarah2 di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Tak lupa buat ibunda tersayang yang juga seorang murabbi. Terima kasih yang x terhingga ana ucapkan ilmu yang diberikan amat bermakna buat anak didik kalian.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas dengan hikmahnya... Wahai para murabbi jasamu tetap dikenang , pahalamu tetap berterusan walaupun kau sudah tidak ada di dunia ini. Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan do'a anak soleh yang mendoakannya (Hadith Riwayat Muslim)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan