Sabtu, 17 April 2010

Seruan Malaikat Di Pintu Syurga




Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

" Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan ALLAH, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai hamba ALLAH! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya. Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang, ia tetap diseru dari pintu sembahyang dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan, ia tetap diseru dari pintu perjuangan dan sesiapa membanyakkan jenis puasa, ia diseru dari pintu puasa yang bernama Rayyan dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah ia tetap diseru dari pintu sedekah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu ya Rasulullah (dalam saat kecemasan). Tidaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi menjawab: " Ya,ada. Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."
( HR.Bukhari wa Muslim)

Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan tentang kemuliaan dan penghormatan yang tinggi yang diberikan oleh Malaikat pada hari akhirat kepada orang-orang yang memperbanyakkan jenis-jenis amal kebajikan yang dilakukannya. Maksud mengerjakan dua atau lebih jenis-jenis amal kebajikan ialah: Misalnya seseorang yang mengerjakan solat fardhu ia juga melakukan ibadat sunat yang lain. Oleh demikian, sesiapa yang melakukannya ia sangat dihormati oleh Para Malaikat sehingga masing-masing berebut-rebut menjemputnya masuk dari pintu yang dijagainya.

" Barangsiapa yang mengharap mendapat rahmat dan bertemu kepada TuhanNYA, maka hendaklah ia beramal soleh"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan