Sabtu, 2 Oktober 2010

Akhlak keutamaan yang dituntut ISLAM

Mungkin perkara ini sering dipandang biasa oleh sesiapa sahaja kerana kehidupan berjalan dan terus berjalan. Sahabat2 ana ingin sepintas lalu membincangkan hal ini disebabkan ana melihat akhlak di kalangan sahabat kita sendiri sudah tidak dijaga. INGAT jadilah kita insan yang mahu mengejar segala kebaikan Allah SWT sediakan & janjikan kepada kita sebagai hambaNYA. Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w ditanya tentang ciri-ciri orang yang paling banyak masuk ke dalam Syurga kelak. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab"Taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik"(Riwayat Tirmizi). Di sini betapa pentingya Islam menekankan dari sudut menjaga akhlak mulia dalam membentuk keperibadiaan dalam diri. Apabila akhlak dijaga dan disemai ia akan mampu melahirkan benih-benih yang baik dan berguna kepada ummah. Melihat kepada ganjaran bagi insan2 yang menjaga akhlak Allah SWT menjanjikan kelebihan di akhirat kelak. Sejauhmana kesedaran dan bangunnya kita daripada lena fikir+muhasabah+amal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan