Isnin, 25 April 2011

Jejak Ekspedisi Dakwah Sabah


13 April 2011 (Rabu)

Perjalanan Ekspedisi Dakwah Ke Sabah (EDS) sebenarnya bermula seawal 11 April lagi melalui penerbangan Firefly diikuti dengan kump.1 hingga kump.5. Kump ana pula bergerak pada penerbangan kump. yang terakhir ke Kota Kinabalu. Kira-kira pada jam 5.15pm kami tiba di lapangan terbang KKIA dan beberapa orang peserta EDS bersama dengan kakitangan JHEAINS sedang menunggu. Rasa teruja sekali dapat menjejakkkan kaki di bumi Sabah setelah 4 tahun ana meninggalkan tanah kelahiran.. seterusnya kami bergerak terus ke Keningau Sabah dan menginap di Hotel Queen yang terletak di tengah2 pekan keningau.

14 April 2011 (Khamis)

Seawal jam 5 pagi peserta EDS solat subuh secara berjemaah di Masjid yang terletak kira-kira 5 minit daripada tempat penginapan. Pengisian yang disampaikan oleh Ust Abu Hurairah yang merupakan wakil kerjasama dari USIA Sabah. Seterusnya semua peserta EDS dibawa ke Kg Bariawa Ulu iaitu destinasi dakwah pertama kami di Sabah. Pada hari yang sama penyerahan anak angkat kepada keluarga juga berlangsung sebelum upacara perasmian EDS di mana ia dirasmikan oleh Dato’ Rosdi wakil rakyat di kawasan tersebut. Pada sebelah malam, ceramah agama yang disampaikan oleh Ust Safiah yang juga merupakan pengarah program EDS 2011 mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan penduduk kg Bariawa Ulu.. Penduduk kg “sporting” la katakan…=)

15 April 2011 (Jumaat)

Seperti biasa Muqadimah pagi bermula dengan solat subuh di surau kg Bariawa ulu beserta dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh peserta EDS sendiri..seterusnya riadah bersama kanak-kanak kampung..di sini ana dapat sesuatu yang baru iaitu yell ala2 ESQ..seronok juga buat yell ramai2 ni sedia semua 1….6….5….dengan gaya2 sekali tau. 15 April adalah hari yang sangat padat dengan aktiviti antaranya gotong-royong, bengkel fardhu ain, pertandingan azan, hafazan, mewarna dan sebagainya. Pada hari itu juga, beberapa orang peserta & pensyarah telah dihantar ke masjid2 sekitar daerah keningau untuk menjadi khatib. Ini adalah salah satu praktikal yang dibuat di dalam program EDS ini dan peserta juga, dihantar ke kg2 untuk memberi ceramah/tazkirah kepada penduduk-penduduk kampung. Tirai pada sebelah malam di akhiri dengan forum perbandingan agama di mana ahli panel terdiri daripada Ustazah Safiah, Ustaz Abu Hurairah & Kamran Pasiran (peserta EDS).

16 April 2011(Sabtu)

Hari ini adalah hari terakhir program EDS di kg Bariawa Ulu. Diikuti dengan ziarah dakwah dan majlis penyerahan anak angkat. Jujur ana katakan ini salah satu Program yang betul2 ana dapat rasakan ikatan bersama keluarga angkat. Keluarga yang sangat mesra, care & sporting ana takkan lupakan sampai bila2 insyAAllah ada rezeki kita jumpa lagi. Pasti sahabat EDS yang lain juga rasa apa yang ana rasakan. Pada hari yang sama kami bertolak ke destinasi yang kedua iaitu Kg Kirokot Baru. Disini peserta EDS juga diserahkan kepada keluarga angkat seperti mana kg sebelumnya dan tirai program dibuka dengan ‘malam kebudayaan Islam’ yang dipersembahkan oleh peserta2 EDS seperti nasyid, qasidah dan sajak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan