Ahad, 21 Ogos 2011

Malam Seribu Bulan"Lailatul Qadar"


Lailatul Qadar….

“Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatuqadar itu? Malam lalilatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, tutun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka kerana membawa perkara(yang ditakdirlan berlakunya pada tahun berikut) Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”

(Surah al-Qadr ayat 1-5)


:: Anugerah istimewa buat seluruh umat Islam di muka bumi Allah dalam menjalani ibadah puasa adalah anugerah LailatulQadar. Siapa & bila ia berlaku kita x akan mengetahui tetapi carilah ia disepuluh malam terkhir Ramadhan. Persoalan yang sering timbul bilakah LailatulQadar??Berdasarkan jumhur ulama di dalam banyak hadis menerangkan LailatuQadar berlaku disepuluh malam terakhir di mana pandangan yang paling kuat mengatakan LailatuQadar berlaku pada malam-malam ganjil pada iaitu 21, 23, 25, 27 & 29 Ramadhan. Bagaimanapun itu hanyalah pendapat ulama kerana ada hadis yang menyatakan LailatulQadar berlaku pada malam genap seperti dinyatakan oleh al-hassan al-Basri yang menyatakan LailatulQadar berlaku pada malam ke -24 Ramadhan. Yang pasti tiada nas yang jelas menyatakan LailatulQadar berlaku pada malam2 ganjil. Bahkan dalam hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari juga menyatakan LailatuQadar tidak boleh ditentukan dengan jelas dan yakin.

:: Sabda Nabi s.a.w, Ubadah Shomit berkata: “Sesungguhnya alamat Lailatulqadar adalah malam yang cerah seakan-akan nampak di dalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus. Tidak tersebar sinarnya seperti bulan malam purnama, haram bagi syaitan keluar bersamanya(terbitnya matahari) pada hari itu.”

Oleh itu, sahabat2ku rebutlah peluang ganjaran malam seribu bulan. Disaat Ramadhan hampir meninggalkan kita semua. Gunakanlah manfaatkan masa & peluang ganjaran yang diberi oleh Allah s.w.t dengan sebaik mungkin dengan menghidupkan malam-malam barakah selagi masih diberi kesempatan. Dijanjikan kita olehNYA ganjaran pahala seribu bulan sudah tentu tidak ternilai bagi kita.

Sirru'alawabarokatillah...Allahumma ameen...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan