Ahad, 27 Disember 2009

Semoga diberkati bonda...


Semalam hari ulangtahun bondaku yang disayangi lagi dicintai. Ana ingin lontarkan rasa hati melalui bait-bait puisi ini. Puisi ini khas untuk bonda terimalah:

Bonda..

Kelunak lembutanmu yang bersih

Merupakan rahmat bagi kami.

Bonda,

Merupakan kekuatan

Dan benteng agama.

kutahu

kau masih berupaya

meniduri hamparan duka.

Masa kini yang terukir

di senyum ramahmu

mendepani gementar siang gelisah malam

kutahu

kau adalah ladang segala kesabaran

tegak teguh merimbuni pohon ketabahan.

Masa depan yang terpancar

di nyala dadamu

kutahu

kau tak rela daun-daun harapan

gugur luruh menampar genggaman.

kau segala-galanya buat kami..

Tiada ternilai kasih yang kau curahkan...

Ya Allah Berkati bonda..

(ubahsuai dari Dharmawijaya)



Khamis, 24 Disember 2009

Ahad, 13 Disember 2009

Bermula lagi..


Hari ni ana akan memulakan kembali kehidupan sebagai seorang pelajar.. alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan olehNya..walaupun ana x dapat bercuti panjang n kena jadi fasilitator untuk pelajar baru tapi ana dapat banyak pengalaman for the first time di kolej ni..Mudah-mudahan Allah beri kemudahan untuk ana teruskan perjuangan bersama sahabat n sahabiah..


dedikasi iman Humaira...

Jumaat, 23 Oktober 2009

Imtihan..

Masa berlalu begitu pantas..pejam celik imtihan pun semakin menghampiri..rasanya banyak pekara yang belum diselesaikan..prepare exam lg..sem ni banyak plak program 2 3 mggu sblm exm menjelma..tapi ensyaAllah itu suma untuk tarbiah sebenarnya terima hakikat seorang insan merentas mencari ilmu..usaha+doa +tawakal..sahabat n sahabiah doakan ana dipermudahkan segala urusan...
Jazakallah..

Sabtu, 8 Ogos 2009

Cincin di jari ukhtie..


Alhamdulillah akhirnya selesai juga majlis pertunangan akak sulung ana hari ini (sabtu 080809)..sekali sekala dapat berkumpul ngan suma adik beradik sedara mara best gak..tapi sedih abang ana jer tak dapat balik coz ada perkara yang perlu diselesaikan..rasanya masa berjalan begitu pantas sekali sedar x sedar akak dah jadi tunangan orang rupanya..ana tumpang gembira coz inilah pertama kali ana akan dapat abang ipar(tp blum lagi la) insyaAllah mudah-mudahan Allah permudahkan..Aminnn

Rabu, 29 Julai 2009

Ujian


Masa berlalu begitu pantas..satu demi satu ujian Maha Kuasa berikan pada hambanya..bila difikirkan pasti semua ada hikmahnya..terjatuh, tersungkur di bumi Allah bukan bermakna Dia mahu kita diuji semata-mata tapi inilah fitrah insanNya yang pasti dilalui..ana teringat firman Allah mafhumnya: "Tidak beriman seseorang itu selagi dia Tidak diuji"..

Ana sebagai hambanya pasti mahu tergolong daripada orang-orang beriman..mudah apabila kita memudahkan sukar apabila kita sendiri menyukarkan..Jalan kebenaran sudah ditunjuki cuma kita yang mengikuti segala perintahNya samaada mahu ataupun tidak..



Sirru a'la wabarokatillah...


Jumaat, 17 Julai 2009

Langkah



Rasanya dekat sebulan dah jari ini tidak berkarya sendiri..maklumlah masa sentiasa dikejar bukan kita yang dikejar masa..baru minggu ini ana berpeluang untuk on9, program kat kolej plak agak banyak memandangkan pesta konvo hampir tiba..ana pula diberi tugasan yang agak berat sebagai timbalan pengarah tetapi ana ambil sebagai satu cabaran untuk ana menyelusuri pengalaman..

Tidak lupa hari ini merupakan hari keramat buat Uhktie Afzan bersama pasangannya yang akan menempuh alam perkahwinan. Walaupun disaat terakhir ana tidak dapat menghadiri majlis tersebut ana kirimkan doa buat Ukhtie bahagia di dunia dan akhirat.Amin..

"Melangkah terus di muka bumiMu subhanallah"