Isnin, 31 Januari 2011

Sang Murabbi


Baru kali ni ana berkempatan untuk menonton filem sang murabbi walaupun sudah lama ditayangkan..jujur ana katakan cerita yang sangat menarik dan memberi inspirasi dakwah kepada ana..cerita benar yang diadaptasi daripada seorang pejuang dakwah di Indonesia dalam menyampaikan risalah Islam..

Di mana filem ini mengisahkan tentang perjalanan dakwah Ustaz Rahmat Abdullah yang bermula dengan karier seorang guru menyampaikan ilmu kepada pemuda pemudi agar menjadi syabab addin yang berguna pada agama. Beliau menggerakkan usaha2 dakwah melalui usrah dan pengajian yang pada hakikatnya ada yang tidak senang dengan caranya tetapi beliau tidak sesekali takut dan gentar pada ancaman manusia. Dakwah diteruskan dengan membina para pemuda menggunakan pendekatan2 yang mudah diikuti oleh sesiapa sahaja yang mendengar atau menerima ajakannya. Sehinggalah beliau bergelar wakil rakyat di kawasannya setelah dipilih oleh masyarakat yang percaya dan mahu dipimpin olehnya. Tugas berat dan besar sekian lama dipikul sehinggalah tahap kesihatannya terganggu. Namun tanggungjawab memegang amanah dakwah tetap diteruskan. Disaksikan oleh salah seorang muridnya beliau hampir jatuh ketika sedang menyempurnakan wudhu' tetapi beliau sempat dipapah untuk menyelamatkan situasi pada ketika itu. Tetapi Allah lebih sayang kepada Ustaz Rahmat dengan diiringi air mata dari seluruh pelusuk masyarakat yang mengenali beliau. Inilah kisah perjuangan seorang dai'e mencari redha Allah di atas muka bumiNYa.

Jom tengok...=)

Khamis, 20 Januari 2011

Syukur atas usia yang Kau berikan...


Alhamdulillah...

Ya Allah, hari ini telah sampai usia kedewasaanku,
Terima Kasih Ya Allah di atas rezeki yang Kau kurniakan..
Jadikanlah hambamu ini sentiasa bersyukur kepadaMu,
Semoga perjalanan kehidupanku ini atas MardhatillahMu....
Itulah tujuanku...
Ya Allah,berkatilah usiaku ini...
Berikanlah daku kekuatan dalam menempuh kehidupan ini Ya rabb...
Pimpinlah hati hambamu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran...
Thank you Allah for giving me the strength to go on...


Isnin, 3 Januari 2011

Percikan Peluh Di Dahi: Perginya Orang Beriman

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa-i, Ibnu Maa-jah, Ibnu Hibbaa-n, al-Haa-kim:

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْ

Maksudnya: Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahi.

(Menurut Imam Tirmidzi, hadith ini tingkatnya hasan/baik.)

Imam Tirmidzi dalam kitabnya Nawadir al-Ushul menyebutkan, dari Salman Al-Farisi r.a. beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:

1) bila dahinya berkeringat.

2) air matanya berlinang.

3) hidungnya keluar hingus, maka hal tersebut penanda rahmat Allah untuk si mayat."

Abdullah Ibnu Mas'ud berkata, kadang kala keringat orang yang beriman itu merupakan petanda masih ada sisa dosa yang ada padanya, kemudian dibersihkan pada waktu sampainya sakaratul maut, ertinya ia merasakan luar biasanya peristiwa itu untuk berpisah dengan dunia, sedang ia berkeinginan untuk segera menuju ke hadrat Tuhannya yang Maha Mulia. Imam Qurtubi dalam perkara ini menjelaskan;

"Telah kami kemukakan tentang tiga tanda-tanda tersebut, yang juga boleh terjadi bahawa tanda-tanda itu tampak satu atau dua sahaja. Saya pernah saksikan hanya satu saja dari tanda-tanda tersebut berupa keringat di dahi orang yang meninggal dunia."

Tanda-tanda perginya seorang yang beriman kepada Al Khaliqnya ada pelbagai lagi selain yang telah dinyatakan tadi seperti mengucap syahadah ketika matinya, mati syahid berjihad dan beberapa tanda lagi. Boleh layari http://assabil2.blogspot.com/2010/01/tanda-tanda-mati-baik-husnul-khaa-timah.html

Sudahkah kita bersedia menghadapi kematian yang bakal tiba tanpa kita ketahui waktunya..ayuh sahabat2 kita muhasabah diri..adakah kita tergolong diantara orang-orang yang beriman renung-renungkan dan beramallah..(sirru a'la wabarokatillah)Artikel di atas dipetik daripada tintamuallimah.

Khamis, 2 Disember 2010

Langkahku di Kemboja - (part 2)


Hari Kedua (Siem Reap)

Alhamdulillah pada hari kedua ana bersama dengan rombongan Kembara Qurban meneruskan misi kembara ke tempat bersejarah iaitu Angkor Wat. Perjalanan ke Angkor Wat daripada bandar Siem Reap tidaklah begitu jauh & hanya mengambil masa lbh kurang 15 mnt untuk sampai ke tempat tersebut. Untuk masuk ke Angkor Wat setiap pelawat dikehendaki membeli tiket yg berharga 20 dolar jumlahnya bersamaan 60 ringgit agak mahal kan..maklumlah tempat bersejarah... Sampainya kami disana, diri ini begitu teruja melihat tempat bersejarah yang selama ini ana tidak pernah menjangka akan sampai ke situ..Tempatnya sangat luas, senibina yang menarik dan juga berlatarkan pemandangan yang cantik Subhanallah...walaupun agak penat langkah demi langkah mesti diteruskan peluang ini sangat berharga so berjalanlah tanpa henti...hehe menjelang je tengahari semua rombongan dikehemdaki berkumpul dan bertolak ke hotel+solat+makan tengahari+rehat...=)


Angkor Wat


Angkor Wat di atas terletaknya
tempat bersemayam Raja.


Aktiviti pada petang itu diteruskan dengan membeli belah di Old Market di Bandar Siem reap. Banyak juga ana membeli belah rasanya tak cukup tangan dibuatnya...petang itu ana bersama dengan adik dan K.wana sempat bersiar-siar di sekitar bandar Siem reap dengan menaiki Tuk tuk (kenderaan org Kemboja). Best juga naik Tuk tuk ni relaks je...Jam menunjukkan jam 5.30 ptg kami bertolak kembali ke hotel tak boleh lewat2 sangat coz pada malam tu akan diadakan Konsert Nasyid bersama penduduk kampung Stengmai(sebuah perkampungan orang Islam). Seronok melihat gelagat kanak-kanak berebut-rebut untuk mendapatkan jajan yang diagihkan oleh beberapa ahli kembara..Konsert dimulakan dengan Takbir raya oleh Ust Erwan al-maklumlah malam raya. Rasa sayu dihati mendengar takbir yelah beraya di perantauan n pertama kali x beraya dengan keluarga...Konsert diteruskan oleh A.Muadz & Hafiezd gendang diikuti dengan saudara Abon dengan celotehnya dan persembahan dari Kump. Devotees..Alhamdulillah malam tu semuanya berjalan dengan lancar..=)


Bersama adik2...


Kanak2 berebut2 mendapatkan jajan=)

Selasa, 23 November 2010

Langkahku di Kemboja - (part 1)


Alhamdulillah kali ni ana ingin berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan ana di bumi Kemboja dan peluang ini sangat2 ana hargai. Perginya ana ke Kemboja sebagai urusetia Kembara Qurban kerjasama IKIM, majalah anis juga turut serta Abon, Muadz dan Kump. Devotees ...Terima Kasih jiddan2 kepada Ez Qurban, Ustaz Azhar, Cik Mah, K.Sarah dan lain2 yang terlibat sama dalam kembara ini.

Hari Pertama (Siem-Reap)
Jam menunjukkan 2.00 pagi ana bangun dan bersiap-siap coz pada jam 3 dah kena bertolak ke LCCT di mana semua yang terlibat dengan kembara ini dikehendaki berkumpul untuk sesi pendaftaran. Ana tidak keseorangan tapi ditemani ayah, abang dan adik perempuan yang juga turut serta dalam kembara ini. Penerbangan ke Kemboja pada jam 6.05 pagi dan mengambil masa kira-kira 2 jam. Alhamdulillah kami semua selamat sampai di Airport Siem Reap Kemboja. Setelah itu, semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan bas kami terus bertolak ke Sour Poun Hotel. Check in+ Berehat+solat+makan= jam 2.30 berkumpul dan bertolak ke Tasik Tonle Sap. Pengalaman yang sangat3 ana tak boleh lupakan ketika menaiki bot menyelusuri tasik Tonle Sap, bot kami dikejar oleh beberapa bot kecil untuk meminta "derma" one dolar...one dolar suara kanak-kanak kecil lingkungan 4-8 tahun yang tetap berusaha untuk mendapatkan one dolar selagi kami tak memberinya...selagi itu bot kami terus dikejar...kanak-kanak tersebut juga membawa ular sawa untuk mendapat perhatian kami ..Sesiapa sahaja yang ingin memegang ular tersebut semestinya One Dolar...Pandai juga orang kemboja ni nak cari ongkos ye..macam2...Bot kami sempat berhenti di sebuah perhentian terapung ana pun tak tau apa namanya, disitu terdapat ikan patin yang dipelihara besar-besar plak tu mesti sedap masak tempoyak ni huhu dan bukan itu sahaja haiwan terbengis di dunia pun ada iaitu buaya..hehe. Agak kelang kabut juga keadaan disini coz kami diikuti beberapa kanak-kanak yang tak habis2 dengan one dolar...one dolar...sori ye dik akak takde duit kecik maklumlah baru sampai...kami meneruskan pelayaran ke muara macam naik kapal la pula menuju ke jeti....

Kali ni kami diserbu oleh beberapa orang penjual kanak2 dan ibu2 yang menjual piring di atasnya terdapat gambar semua peserta dengan harga five dolar..tak perasan langsung bila masa dorang ni ambil gambar...huhu macam2 cara orang b'rbisnes ye...ana pun beli sekali buat kenang2-kenangan tak tau bila lagi nak sampai ke Tasik Tonle Sap...=)

Kira-kira pada 8.30 malam bertolak pula ke Angkor Wat Night Market...Masa yang diberi hanya 2 jam tak boleh lama2 sangat kerana esok ada perjalanan yang memerlukan tenaga...Ana hanya berbelanja sedikit sahaja pada malam itu coz ini baru hari pertama nak bershopping sakan kena tunggu hari yang sesuai..Jam 10 malam pulang ke Hotel & semua urusetia ada sedikit muhasabah sepanjang perjalanan hari ini---next berehat untuk hari esoknya...wassalam...bersambung...=)



Jumaat, 29 Oktober 2010

Salam Imtihan...


Ana ingin memohon kemaafan kepada semua sahabat2 andai ada kesalahan yang ana lakukan supaya kita sama2 dipermudahkan untuk menghadapi final exam..ana doa'kan semoga kita semua diberi petunjuk & kemudahan InsyaAllah..Ayah Mak mohon doa'nya sesungguhnya "Doamu sungguh bermakna buat diriku"..tidak lupa juga kepada "muallim wa muallimah" semoga segala ilmu yang ana terima mendapat keberkatan dariNYA...

Ya Allah Ampuni Dosa2ku...
Ya Allah Berilah Hidayah & Petunjukmu...
Ya Allah KAU berkatilah segala ilmu yang hamba pelajari...
Ya Allah Berilah daku kemudahan menghadapi Imtihan...
Ya Allah kurniakan kami kejayaan dunia mahupun wa akhirah...
Ya Allah sesungguhnya redhaMu amatku harapkan...
Amiin.....

Ahad, 24 Oktober 2010

Pengalaman Bersama "Orang Kita"...


Lama dah rasanya x post pe2 rindu..maklumlah student busy dengan macam2 AG, kadang-kadang je sempat beronline..Baru-baru ni ana berkesempatan mengikuti program ziarah persaudaraan & sukan di kampung Orang Asli Sg Soi..Program(LADAK) ni adalah salah satu program wajib setiap pelajar tahun akhir n termasuk dalam subjek amali dakwah(masuk kredit tu). So kena buat betul2 x boleh main hentam keromoh je tp alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan semua pun bersungguh-sungguh sepanjang perlaksanaan program. " Orang Kita"pun sporting2 belaka n memberi kerjasama yang baik, memang best...dalam program ni ana diberi tanggungjawab sebagai ajk sukan. Di mana ana bersama sahabat2 yang lain mengendalikan sukaneka, bola jaring & bola sepak. Hari pertama di kampung Sg Soi buat pertama kalinya ana menjadi pengadil bagi perlawanan bola jaring, best juga jadi pengadil ni ye..hehe lain kali ada perlawanan kat mana2 boleh la jemput ana ea...ehe..keputusan perlawanan bola jaring dimenangi oleh penduduk kampung Sg Soi hebat juga pemain2 yang turun padang kali ni jangan pandang sebelah mata ea...mana2 pasukan yang nak bertemu dengan pasukan kampung ni pasti! saingan sengit...Bagi acara sukaneka pula adalah acara yang paling ditunggu-tunggu oleh orang-orang kampung.
Sambutan amat menggalakkan terutama kanak-kanak yang x sabar2 untuk mengikuti semua game yang disediakan. Macam2 ragam yang ana saksikan geli hati pun ada yang penting semua puas hati dan riang gembira=). Sebenarnya program ini dilaksanakan bertujuan untuk semua pelajar mempraktikkan segala ilmu dakwah yang telah dipelajari selama 3 tahun dan memberi pendedahan awal melalui peringkat2 dakwah yang sesuai yang
boleh digunakan pada masa akan datang. Semoga apa yang telah ditimba dan dipelajari mampu memberi sesuatu kepada diri ana dan juga sahabat2 serta menjadikan pengalaman sebagai satu inspirasi dakwah fi mustaqbal..Hayya Kumullah..

Bersama sahabat perjuangan...


Kanak-kanak orang Asli menunggu
acara sukaneka dimulakan..