Rabu, 17 Jun 2009

Perjalanan..


Fil hayah..ada ketika kita senang & merasa diuji pastinya ia semua telah diatur oleh yang Maha Kuasa..Tetapi kadangkala kita alpa serta lalai kerana menurut kehendak semata-mata dan mengejar dunia. Tanpa memikirkan hari akhirat kelak dan janji-janji Allah SWT..Nauzubillah.

Fiddunya..kita diberi ruang dan peluang bernafas di muka bumi olehNya bukan sekadar merasai nikmat kehidupan semata-mata tetapi untuk menjalani segala perintah dan menjadi insani yang taat kepada Allah SWT. Ini adalah fitrah yang perlu kita kembali dan mengingati bahawa kita hanya insan yang lemah yang tidak mampu menandingiNya.

Apabila difikirkan dan direnungi sejenak bahawa Allah SWT telah memberi kemudahan yang terlalu banyak kepada kita namun hanya sedikit sahaja yang mensyukuri segala pemberianNya. Inilah masanya kita kembali untuk bermuhasabah diri supaya kita menjadi insan yang cemerlang pada agamaNya disisi Allah SWT..
"Allah Cinta Agung"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan