Jumaat, 19 Jun 2009

Tiga cahaya di Syurga

Diriwayatkan di dalam kitab Imam Hanafi, bahawa di hari kiamat (syurga) ada tiga cahaya yang berlainan:

1) Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

2) Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan purnama.

3) Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

~Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka segera meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila mendengar azan.

~Cahaya yang kedua seperti bulan purnama ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

~Cahaya yang ketiga seperti matahari ialah mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

"Renung-renungkan dan selamat beramal"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan