Ahad, 4 Disember 2011

Puasa 9 dan 10 Muharam (Hari Asyura)...



~Puasa sunat 9 dan 10 Muharam sangat digalakkan bagi seluruh umat Islam dan ini berdasarkan hadis Qudsi yang ana rujuk sebagai bukti kesahihannya.. Mungkin sebelum ini sahabat2 pernah mendengar berkaitan dengan berpuasa 9 dan 10 Muharam adalah tidak benar & dari sumber hadis palsu atau dhoif tetapi disini ana sertakan hadis sohih yang telah diriwayatkan oleh Sahih Bukhari & Baihaqi..Renung2kan dan sama2 kita amalkan..

Dari Ibnu Abbas r.a katanya ketika Nabi s.a.w tiba di Madinah, Baginda melihat orang Yahudi
berpuasa pada hari Asyura.Nabi pun bertanya, "Hari apakah ini?" jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka kerana itu nabi Musa berpuasa kerananya." Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari Asyura..

(Sahih Bukhari)

Rasulullah s.aw bersabda: "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi."

(Riwayat al-Baihaqi)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan