Ahad, 18 Disember 2011

Sana Sini Ada Cerita


~Alhamdulillah masih berkesempatan untuk berkongsi kata dan rasa. Baru-baru ini ana berpeluang mengikuti majlis ilmu sempena minggu Usuluddin & Falsafah bersama Ustazah Fatimah Syarha lebih mesra dikenali sebagai kak Fatima. Teruja bila dapat bersua buat pertama kali walaupun sebelum ini hanya melihat di buku2 tulisannya yang hebat . Orangnya sangat lembut, manis, setiap bait kata-katanya tersusun indah pasti puitis namun mudah difahami. “ Wanita & Fesyen Masa kini” tajuk yang dibincangkan sepanjang 2 jam program berjalan.

Sedikit ingin dikongsi bersama :

Hukum asal fesyen sebenarnya tidak ada yang Sohih(tepat) dan Sorih(jelas) yang mengatakan fesyen itu haram..Sekiranya ada yang mengatakan ia haram hanya ada pada hadis yang ditafsirkan dalam banyak wajah atau kaedah. Asal sesuatu perkara itu adalah harus dan ulama tidak meletakkan sesuatu perkara tanpa ada nas Quran dan hadis.

Wahai Puteri2 Islam yang disayangi..Apa2 sahaja kemajuan yang berlaku dalam fesyen pakaian wanita selagi mana menepati syarat-syarat yang digariskan oleh para ulama berdasarkan ijtihad yang disepakati iaitu antaranya: mestilah pakaian longgar, tidak nipis, tidak ketat, fesyen yang tidak menyerupai wanita kafir n etc.

Berfesyen juga mestilah kerana Allah bukan niat untuk menunjuk-nunjuk walaupun berpakaian zuhud sekalipun yang dipakai tetapi dengan niat menunjuk2 supaya orang mengatakan” orang tu zuhud lah” ia tetap perkara yang dibenci oleh Allah swt. Ingatan bersama..

ISLAM BUKAN ANTI FESYEN..ISLAM CUMA ANTI DEDAH AURAT DALAM BERFESYEN..from Sist Fatima Syarha

Cantik Di Mata Allah Lebih Bernilai Dari Cantik Hanya Pada Pandangan Mata Manusia.

Kak Fatimah Syarha

~Teringat kata-kata Kak Fatima saat bersalaman dengan beliau & sempat berpesan “Dik jadilah mawar yang berguna pada agama”..walaupun hanya secebis pesanan namun terpahat dihati sehingga saat ini..


>Fantastic Legacy Youth Camp (FLY)

Tenang, Santai, Aktif..

Kem Herba, Sungai Congkak tempat yang sangat cantik dan segar(dikelilingi hutan rimba)..perasaan buat pertama kali mengikuti kem di alam kampus sangat teruja & best!!. Walaupun agak sibuk dengan kuliah, tutor dan assignment tapi masih ada ruang untuk join program. Pengisian banyak kepada motivasi diri dan rohani al-maklumlah kami baru di alam kampus banyak perkara yang perlu dicari dan digali. Suasana tempat yang segar..sungai yang menenangkan secara x lansung merehatkan minda..mungkin di sini ana hanya berkongsi secebis rasa..Sahabat2 pun pernah berKEM kan jadi macam tulah rasanya…huhu^^

*seronok dapat berkenalan dengan sahabat2 dari pelbagai fakulti FUU,FST,FPEND,FKAB*


>Belajar Dari Sesuatu Yang Baru

Tak pernah terfikir untuk menghasilkan sebuah Kaligrafi hasil dari usaha sendiri. Tapi bila dah belajar baru tahu & lebih mudah untuk menghasilkan seni kaligrafi. Seronok bila tengok hasil buah tangan sendiri & sahabat2 semuanya cantik2 belaka..Mungkin ana boleh tunjukkan sedikit proses mudah membuat kaligrafi di atas prospek..

Inilah hasilnya..


>Bertemu Sahabat

Hampir 5 tahun tak bersua akhirnya berkesempatan untuk bertemu walaupun seketika..sahabat lama Renny Jhoennuin.. Teringat saat bersama2 mewakili sekolah ke Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri Sabah selama 2 tahun berturut2…disitulah jejak perkenalan..seorang yang petah & friendly..mungkin ada kisah antara kami berdua pernah berlaku & takkan dilupakan…sangat kuat diingatan sehingga hari ini…apapun teruskan perjuanganmu di bumi Sabah nanti..disana ramai insan yang memerlukan dakwah ini..Doaku semoga zuriat yang bakal dilahirkan menjadi penerus pejuang agama pada masa akan datang..InsyaAllah..

~ Tak lupa buat Kak Sarah Azizul tahniah..teruskan cita-citamu ingin meneruskan dakwah dalam dunia perniagaan..ahli kelab pc tetap sokong…^^

kenangan bersama*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan